Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010

Hari raya bakal tiba 2 hari lagi, tentu ramai antara kita yang sudah pulang ke kampung dan ada juga yang masih bekerja. Saya akan mula bergerak pulang pada malam raya ( malam jumaat) sebab isteri saya masih bertugas pada hari esok. Saya akan pulang ke rumah bapa mertua saya di Merlimau, Melaka sehingga hari raya yang ke-4 dan akan pulang ke kampung saya di Pontian sehingga raya ke-7. Blog ini akan sunyi seketika sehingga saya kembali semula pada hujung minggu depan.

Cuti raya pada tahun ini agak lama sebab bertembung dengan cuti sekolah yang panjang. Ini adalah kali pertama saya menulis di blog saya untuk hari raya aidilfitri pada tahun ini. Kepada saudara-saudara dan rakan-rakan blogger yang sudi singgah ke blog saya yang tidak seberapa ini, di ucapkan terima kasih dan di kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin jika ada kesilapan sepanjang saya menulis di ruang blog saya ini.

Peringatan kepada rakan-rakan blogger kalau memandu atau menunggang kenderaan semasa pulang ke kampung halaman tu memandulah dengan hati-hati, kadang-kadang walaupun kita dah mengambil sikap berhati-hati tetapi kemalangan tetap berlaku, kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukan. Pokok pangkalnya janganlah memandu ikut emosi sendiri, lebih  utamakan keselamatan keluarga kita. Selamat berlebaran

Popularity: 4% [?]

Share

Tags: ,

13 Responses to “Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010”

  1. mijie says:

    selamat hari raya buat semua

  2. Kujie says:

    Minal aidin wal faizin,
    Mohon maaf zahir dan batin

  3. kulanz says:

    salam,
    selamat menyambut hari raya aidilfitri

  4. aimannajmy says:

    Salam hari raya aidilfitri.. Ampun maaf dipinta,zahir dan batin.. andai buat rumah terbuka jangan lupa jemput saya :)

  5. khairilz says:

    selamat hari raya dari blog khairilz.net dan farahwahida.com

  6. maxiora says:

    salam aidilfitri…….memang seronok bila dtp menyambut raya bersama keluarga…..bagi kami yg jauh dari sanak saudara ni suasana agak suram….blog saudara ni memang bagus dan lebih bagus lagi kalau disertakan dengan foto sambutan hari raya tu sekali.

    boleh juga kami pertontonkan foto2 sambutan Aidilfitri di Malaysia kepada
    kawan2 yg bukan Malaysian (especially the foods)

    miss raya foods :( (

Leave a Reply