Genap pada 31 Ogos 2010 ini kita akan menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Yang Ke-53 iaitu melepasi setengah abad kita merdeka. Sebelum itu mari kita halusi lagi erti kemerdekaan. Erti kemerdekaan dapat dilihat dari pelbagai sudut antaranya adalah :-
Dari pada pandangan Islam ;
Bila mana seseorang manusia atau bangsa memerdekakan diri dari semua bentuk penjajahan peraturan yang dibuat oleh manusia dan mengabdikan diri kepada Allah. Dapat membebaskan diri dari kezaliman dan kejahilan kepada keadilan dan keilmuan samada dari luaran atau dalaman.
Dari pandangan para nasionalis ;
Apabila sesebuah negara atau bangsa itu terlepas dari dijajah oleh bangsa lain. Sesebuah negara itu bebas untuk mengatur cara pentadbirannya sendiri baik dari segi ekonomi, sosial, politik, pendidikan dan sebagainya.
Dari pandangan individu ;
Membebaskan diri dari dibelenggu oleh anasir-anasir yang boleh merosakkan pemikiran dan kehidupan. Dapat menghindarkan diri dari permasalahan sosial, yang mana masyarakat sekarang lebih cenderung kepada keseronokan dan hiburan semata-mata.
Ada yang menyatakan kebebasan daripada kemiskinan, kemunduran atau penjajahan tanah air bukanlah kemerdekaan hakiki kerana ia bersifat sementara. Faktor yang menentukan kemerdekaan hakiki ialah ada pada hati dan persepsi diri.
Memetik kepada apa yang dikata oleh Syed Qutb ;
Bahawa kemerdekaan hakiki adalah apabila seseorang muslim itu sujud kepada Allah SWT yang merupakan lambang ketinggian dan kemuliaan peribadi.
Berbalik semula kepada cerita kemerdekaan negara yang bakal tiba beberapa hari lagi, semangat dan suasana kemerdekaan seolah-olah tiada dikalangan kita dan ia semakin luntur serta tiada jiwa untuk menyambut hari kemerdekaan pada tahun ini. Jika dilihat di kawasan aku, agak kurang boleh dilihat kibaran bendera Malaysia di rumah atau di premis tertentu. Mungkin disebabkan mod puasa dan mod hari raya yang bakal tiba, sehingga membuatkan kita lupa akan hari kemerdekaan. Justeru itu marilah kita memeriahkan suasana kemerdekaan, sekurang-kurangnya kibarkanlah bendera di rumah kita.
Popularity: 7% [?]





semoga anak2 muda dan kita sedar dan paham… kemerdekaan bukan hanya dari sekadar laungan…
tanamkan semangat merdeka.. bukan menderhaka… selamat menyambut hari merdeka bro
semangat, jgn tak semangat…selamat menyambut hari merdeka ke-53
salam merdeka dari jauh…
biar jauh asalkan dekat dihati
semalam, 22 pasangan kapel melayu ditangkap khalwat sempena ops sayang..alahai, ada jugak
alahai, melayu lagi
Ini adalah cukup fantastis isi dengan hal ini semacam ini topik. Pasangan saya dan saya percaya orang mendapatkan a kesempatan melalui itu dapat mendapatkan banyak. Siapapun yang mengunjungi ke situs perlu menginformasikan nya teman tentang situs web sehingga mereka bisa meningkatkan mereka pengetahuan.
thanks u friend