Sebagaimana Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim bermaksud ;
Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu SEDEKAH JARIAH (WAKAF), ILMU YANG DIMANFAATKANNYA dan ANAK YANG SOLEH yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya.
Hadis diatas menerangkan bahawa salah satu perkara yang akan kita bawa bersama-sama selepas kematian kita adalah sedekah jariah. Ia merupakan pelaburan kita untuk saham akhirat. Salah satu organisasi yang menggalakkan umat Islam untuk berwakaf ialah Majlis Agama Islam Johor melalui saham wakaf.
Ia adalah satu skim saham yang ditawarkan oleh MAIJ dengan nilai permulaan pelaburan hanyalah RM10.00 seunit untuk diwakafkan dan untuk memberi manfaat kepada umat Islam. Saham ini boleh dibeli untuk diri sendiri, keluarga atau individu yang telah meninggal dunia. Caranya amat mudah dimana urusan pembayaran wakaf boleh dibuat melalui sistem perbankan online. Selain itu kita akan memperolehi pelepasan cukai pendapatan. Kepada yang hendak berwakaf bolehlah melayari laman web Saham wakaf Johor disini.
Popularity: 7% [?]
Tags: Saham Akhirat, Saham Wakaf Johor





insyallah… pelaburan ganjarannya dijanjikan Allah di akhirat nanti… dekat kg muar nie , dekat masjid pun ada buat hebahan mengenai saham ini…
aku pun tengah rujuk dan mempelajari bab wakaf ni…. mungkin boleh diaplikasikan untuk bisnes persendirian… tapi apapun kena pahaminya betul2…