Bila Blog Berada Bawah Tahap 1Million Alexa Ranking

Buat pertama kalinya setelah wujud blog ni hampir setahun berblogging, rangking Alexa berada dibawah 1 Juta. Mungkin tidak ada apa yang boleh dibanggakan kalau setakat rangking bawah 1 Juta, apatah lagi pada saat ini ranking blog ini adalah 980,617, masih beratus ribu lagi tu untuk capai tahap bawah 100 ribu.

Pada aku itu bukannya ukuran jika dilihat pada track rekod blog ini yang jarang berupdated pada awal kewujudannya iaitu Oktober 2009 sehingga April 2010 ( boleh dikira berapa posting yang aku buat). Blog ini hidup semula setelah menghadiri Smart Blogging pada akhir bulan April 2010. Juga setelah mempelajari tip dan panduan yang diberikan semasa menghadiri seminar tersebut. Selain itu melalui pembacaan ebook KBB oleh saudara Reza Mohyin.

Tapi pada aku tip yang paling bagus untuk capai ranking Alexa atau PageRank anda adalah buat posting seberapa kerap di blog anda. Paling kurang 3 kali posting seminggu dan lagi bagus kalau dapat maintain sehari 1 posting, nescaya Alexa Ranking anda akan bergerak pantas umpama anda dikejar anjing. Untuk dapat pagerank yang baik kenalah rajin-rajin buat backlink dengan beri komen di blog, di forum tertentu dan sebagainya.

Itulah kemanisan dan kepuasan berblogging. Blogging mengambil masa untuk capai ketahap itu. Seterusnya barulah anda boleh mengorak langkah dengan mencari peluang-peluang pendapatan melalui blog anda. Lagi up pagerank anda lagi “tinggi nilai blog anda”, begitu juga lagi down Alexa Raking anda lagi cerah peluang anda.

Popularity: 4% [?]

Share

Tags:

18 Responses to “Bila Blog Berada Bawah Tahap 1Million Alexa Ranking”

  1. TimmyLicious says:

    agak – agak trafik sekarang cecah 100 pelawat unik dah kan? selalunya kalau bawah sejuta traffik dalam tahap tu tak pun ada lebih sikit

  2. farah says:

    yup memng betul tu bro..salah satu dari pemerhatian saya,ranking alexa boleh jadi tinggi kalau kita rajin update blog:)

  3. zik says:

    mantap bro..insyallah akan support bro… :-)

  4. Hadi Rofiee says:

    Salam perkenalan.

    T/kasih saudara kerana kongsi tips yg mudah, namun kdg2 tidak disedari. Byk lg perlu dipelajari. :-)

  5. Eizil says:

    Tahniah bro, teruskan usahamu itu… :) blogging ni kalau kita buat secara berterusan pasti akan mendatangkan kepuasan.

  6. titan says:

    hoho..tahniah. bukan senang tau. Dah sampai..nak kena maintain lagi..

  7. mancai says:

    peh… selamat berjuang bro

  8. nadia says:

    entri yg membuatkan i insaf seketika dr tergesa2 nk dptkan pendapatan melalui blog

  9. hyprobulksms says:

    Saya punya alexa ranking, hari-hari ada penurunan. Tapi tak banyak la.

  10. sunglasses says:

    so far setakat ini setiap hari ada penurunan Alexa alhamdulillah tapi masih lagi angka yang banyak hehehe

Leave a Reply