Awas! Bahayanya Diabetes

Secara mudahnya diabetes adalah sejenis penyakit kronik yang disebabkan oleh kadar gula yang tinggi di dalam darah kita. Tahap insulin yang sedikit atau tahap antibodi yang lemah terhadap insulin boleh menyebabkan diabetes. Insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh pankreas untuk mengawal gula di dalam darah.
Secara kasarnya, diabetes dibahagikan kepada 3 jenis iaitu :-
1) Diabetes Tahap 1

Diabetes tahap ini selalunya didapati pada peringkat umur kanak-kanak. Ini adalah mungkin disebabkan oleh faktor genetik, jangkitan virus dan masalah imune. Hanya sedikit insulin yang dikeluarkan atau tiada langsung. Pada tahap ini suntikan diperlukan setiap hari.

2) Diabetes Tahap 2

Tahap ini selalunya dihidapi oleh orang dewasa dan pada tahap inilah banyak kes diabetes timbul. Orang yang menhidapi diabetes tahap ini adalah dari kalangan obesiti dan kurang membuat senaman.

3) Gestational Diabetes

Diabetes tahap ini biasanya dihidapi oleh wanita yang sedang hamil yang disebabkan oleh kandungan glukosa darah tinggi. Bahayanya diabetes tahap ini yang boleh menyebabkan risiko yang tinggi untuk menghidapi diabetes tahap 2 dan kardiovaskular.

Penyakit kronik ini sangat berbahaya tetapi ia boleh dikawal dengan menjalani gaya hidup yang sihat serta mengawal diet kita.

Popularity: 56% [?]

Share/Save/Bookmark

Tags: ,

5 Responses to “Awas! Bahayanya Diabetes”

  1. sangilapi says:

    corak pemakanan adalah antara faktor utama penyumbang pada penyakit-penyakit alaf baru baru ni.

    amalkan gaya pemakanan dan corak kehidupan orang-orang dulu macam tok,nek kita :)

  2. Raf | ESULIN says:

    Kawal Diabetes Cegah Komplikasi

    ESULIN diuji secara saintifik bagi membantu merawat diabetes jenis 2 melalui proses memperbaiki Rintangan Insulin dan meningkatkan sensitiviti sel badan terhadap insulin.

  3. Raf says:

    Untuk sihat, pemakanan harus mengandungi 80 hingga 85 peratus makanan bersifat alkali dan 15 hingga 20 peratus lagi makanan bersifat asid bagi meningkatkan daya ketahanan badan.

    Komposisi makanan yang disarankan ialah 60 peratus sayur-sayuran, 20 peratus buah-buahan, 10 peratus sumber karbohidrat dan 10 peratus lagi protein (lebih baik jika protein tumbuh-tumbuhan).

Leave a Reply