Ada orang kata kredit kad tu umpama “duit plastik”, kerana kita cuma perlu swept aje kad tu untuk bayar apa yang kita beli. Ok secara ringkasnya kredit kad merupakan cara bayaran bagi kita yang hendak membeli barang atau perkhidmatan secara elektronik tanpa gunakan wang tunai.
Sebagai orang yang pernah gunakan kad kredit, mari kita kongsikan tip atau panduan penggunaan kredit kad secara berhemah.
- Jangan ada atau miliki kredit kad yang banyak.
- Bayaran dibuat mengikut dateline yang ditetapkan bagi mengelakkan faedah dan caj lewat bayar.
- Jangan gunakan kredit kad jika kita tidak mampu membuat bayaran bulanan.
- Jangan gunakan kredit kad dengan cara mengeluarkan melalui mesin ATM bagi mendapatkan wang tunai kerana caj pengeluaran tunai adalah tinggi dan kita akan dikenakan faedah harian.
- Sentiasa menyemak penyata bulanan kredit kad kita bagi memastikan caj dan faedah yang dikenakan adalah munasabah dan betul.
- Elakkan membayar jumlah minima secara berterusan kerana ini akan mengakibatkan baki hutang yang mungkin tidak akan settle.
- Digalakkan untuk membayar sepenuhnya bagi mengelakkan dikenakan faedah.
Itu adalah antara tip-tip yang perlu diamalkan oleh pemilik kredit kad. Tapi bagi saya lagi elok jika kita tidak gunakan kredit kad kerana ia akan menjadi beban bagi kita terutamanya bila jumlah yang dah dipakai meningkat tinggi disebabkan jumlah bayaran balik ikut jumlah bayaran minima sahaja.
Popularity: 39% [?]
Tags: Tip Guna Kredit Kad


