Tapai Ubi Boleh Rawat Kanser

Bicara bab kesihatan pulak. Baru-baru ni ada terbaca dari satu artikel yang menyebut bahawa khasiat tapai ubi. Ada yang gemar makan ubi kayu dan ada yang tidak. Ubi kayu adalah sumber utama makanan datuk nenek kita pada zaman perang dunia dulu.

Ubi kayu juga berfungsi sebagai pemekat dalam masakan kita seharian. Ia juga adalah sumber pemakanan ringan kepada mereka yang sakit. Boleh juga dijadikan makanan bayi dan ia tidak mudah masam berbanding dengan makana farina yang lain.

Satu kajian telah dilakukan dan medapati bahawa tapai ubi mampu mengeluarkan sejenis toksin yang dipanggil “Bakterion” yang mampu menghalang aktiviti kanser seperti kanser serviks, ovari dan leukaemia. Kajian ini telah dilakukan oleh kumpulan penyelidik daripada Universiti Putra Malaysia

Popularity: 32% [?]

Share/Save/Bookmark

Tags:

Leave a Reply