Manfaat Dari Kapur Barus

Kapur barus dihasilkan daripada pokok tropika iaitu Camphor Laurel (Cinnamomum Camphora) yang boleh didapati di hutan Borneo dan Taiwan. Pada zaman dahulu ia digunakan sebagai perasa di dalam minuman dan menjadi bahan masakan pada abad ke-13. Dari segi perubatan masa kini, contoh yang paling mudah produk yang menggunakan kapur barus (camphor) ialah Vicks VapoRub. Bagi orang Islam pula ia digunakan sebagai bahan dalam proses memandikan jenazah.

Selain itu adalah beberapa manfaat yang diperolehi dari kapur barus iaitu :-

  1. Sebagai Penawar Kaki Bersisik. Caranya ialah dengan mengambil 3 ketul kapur barus dan satu cawan minyak bijan. Tumbuk sehingga lumat kapur barus dan masak bersama minyak bijan. Setelah ia sejuk bolehlah disapu pada kaki yang bersisik itu pada sebelah malam.
  2. Menghidarkan Nafas Berbau. Mula-mula makan 10 biji buah pelaga pada setiap hari. Selepas itu ambil 3 ketul kapur barus dan tumbuk hingga hancur dan masukkkan ke dalam kain putih yang bersih, kemudian sedut dengan hidung setiap hari selama seminggu. Minum air limau nipis setiap kali selepas makan.
  3. Menghalau Tikus. Tumbuk kasar kapur barus tersebut dan letakkan pada setiap lubang tempat tikus bersarang. Cara ini akan menjadikan tikus kurang senang dengan bau kapur barus tersebut dan akan lari meninggalkan lubang tempat makhluk ini bersarang.
  4. Kekabu Bantal Tetap Segar. Pada sesiapa yang menggunakan kekabu sebagai isi bantal bolehlah praktikkan dengan tabur kapur barus untuk mengelakkan bantal dari dimakan bubuk.

Popularity: 100% [?]

Share

Tags: , ,

3 Responses to “Manfaat Dari Kapur Barus”

  1. zik says:

    wah… boleh halau tikus… bagus nih…

  2. sall bj says:

    Assalamualaikum wbt,

    Selain dari yg di atas, boleh kah kapur barus ni di jadikan pengawet. Misalnya ikan, saya dgr org bercerita bahawa nelayan akan mencampur kapur ini kedlm rendaman ikan utk menyegarkan ikan hingga sampai kepasar. Sejauh mana kebenaran cerita ini? Kerana saya sudah 2 kali pergi ke sebuah pasar kampung, kedua2 kali itu juga saya terhidu bau kapur yg kuat, saya tk pernah nampak atau tahu bagaimana bau kapur tersebut. Tapi jelasnya bau adalah kapur, sehingga saya balik kerumah pun masih terhidu bau kapur. Bila hendak menyiang ikan bau sangat kuat sehingga menyebabkan saya naik mual. So kalau saudara boleh beritahu saya dgn jelas saya ucapkan Terima Kasih sangat2, saya perlukan jawaban.

    Terima Kasih,

    sall bj.

    • anuarkarimz says:

      waalaikumsalam..
      secara ringkasnya kapur barus sering digunakan sebagai bahan pengawet dan ianya digunakan semasa proses
      memandikan mayat. besar kemungkinan ia juga digunakan pada ikan supaya ia kelihatan segar.

Leave a Reply