Khasiat Buah Cermai

Nama saintifik bagi buah cermai ialah “phyllanthus acidus”. Pokok ini membiak melalui biji benih, ditanam melalui keratan batang atau di tut. Buah cermai akan berbuah secara bergugus dan akan berubah warna kekuningan apabila masak.

Dengan memakan buah cermai boleh menurunkan tekanan darah tinggi. Buah cermai berasa masam jika dimakan mentah. Dengan membuat jus cermai dan meminumnya, boleh  menghilangkan sakit tekak, batuk dan juga dapat melangsingkan badan jika diamalkan secara istiqamah.

Daun cermai yang telah ditumbuk lumat dan diletakkan pada muka dipercayai boleh menghilangkan jerawat. Rebusan air daun cermai dan dicampur dengan gula batu, boleh menurunkan panas dalam badan. Daun cermai juga boleh mengubati demam campak. Caranya ialah dengan menumbuk daun cermai dengan kunyit hidup dan digaulkan dengan daun semambu dan sapukan pada badan pesakit.

Untuk menghilangkan parut deman campak atau parut luka, sapukan daun cermai yang telah ditumbuk dengan beras dan kapur sirih. Lakukan sehingga kesan parut tersebut hilang. Semoga info ini berguna kepada kita.

 

Popularity: 26% [?]

Share

Tags: ,

Leave a Reply