Daun Sirih – Ada Khasiatnya

Barangkali ramai yang berfikir bahawa daun sirip hanya boleh dimakan dan digemari oleh nenek moyang kita pada zaman dahulu. Malah tidak terfikir pun bahawa daun sirih bukan sahaja boleh dimakan tetapi ia mempunyai pelbagai khasiat, antaranya adalah :-

  1. Melegakan Sakit Kepala. Petua orang-orang dahulu menyatakan bahawa daun sirih dapat menghilangkan sakit kepala. Caranya adalah dengan mengambil 3 helai daun sirih, 3 ulas bawang merah tanpa dibuang kulitnya, 1 sudu teh jintan hitam, 1 sudu besar cuka dan semangkuk air. Ramas kesemua bahan tersebut bersama-sama dengan air. Sapukan bahawa yang telah diramas dari pangkal kepala sehingga ke kulit kepala. Anda akan merasa kepala berasa sejuk dan ringan.
  2. Menghilangkan Bau Badan. Caranya amat mudah dengan meminum air rebusan daun sirih setiap hari. Ambil segelas pagi dan segelas pada sebelah petang. Amalkan selalu, pasti badan anda tidak berbau.
  3. Menghindarkan Bau Mulut. Ambil beberapa lembar daun sirih (disiat-siatkan) kemudian dicampur dengan sedikit air dan berkumurlah dengan air tersebut. Insyaallah hasilnya pasti memuaskan.
  4. Menajamkan Gunting. Ini adalah petua nenek moyang kita yang menyatakan bahawa dengan mengambil 10 atau 15 lembar daun sirih dan gunting (perlu dibersihkan terlebih dahulu) daun-daun sirih tersebut hingga hancur. Anda akan dapati gunting akan menjadi tajam.

Semoga petua ini sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam menjalani kehidupan seharian kita.

Popularity: 18% [?]

Share

Tags:

4 Responses to “Daun Sirih – Ada Khasiatnya”

  1. boss says:

    he he makan sireh…? tekak tak boleh telan la.. he he..

    p/s: pernah try sireh junjung sahaja.. :P

  2. titan says:

    sedap apa makan sireh. hehe..cuma jangan terlebih-lebih plak..

  3. wandavee says:

    entahlah..aku pun tercari kelebihan makan sireh ni..tapi apa yg aku tahu aku pun makan siren…hee..he..sodap pinang kapur dan sireh…

Leave a Reply