Syukur alhamdulillah kerana kita dipanjangkan umur untuk bertemu lagi dengan bulan yang mulia ini. Dengan kehadiran bulan yang penuh rahmat ini dapat memberi ruang kepada kita untuk melakukan amalan-amalan kebaikan yang telah dijanjikan dengan pahala yang besar.
Diantara kelebihan bulan ramadhan adalah :-
- Jika kita melakukan kebajikan (sunnah) di dalam bulan ramadhan, pahalanya adalah bersamaan seperti kita menunaikan perkara fardhu di bulan yang lain.
- Ada satu malam di dalam bulan ramadhan yang lebih baik dari seribu bulan.
- Jika kita menunaikan kewajiban di bulan ramadhan, pahalanya sama seperti orang yang melakukan 70 kali kewajiban di bulan yang lain.
- Bulan ramadhan adalah bulan yang memberi pertolongan dan memberi limpah rezeki kepada orang mukmin.
- Barang siapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa nescaya akan diampunkan dosanya dan terlepas dari seksaan api neraka.
Amalan yang tiada pada bulan-bulan yang lain selain ramadhan adalah solat terawih, berikut adalah kelebihan solat terawih :-
Malam 1
Telah Keluar orang mukmin daripada dosanya pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, dosanya diampunkan oleh Allah.
Malam 2
Diampun dosa orang yang sembahyang Tarawih serta kedua ibubapanya, kiranya mereka orang yang beriman.
Malam 3
Berseru Malaikat di bawah arash supaya meneruskan sembahyang Tarawih berikutnya, semoga Allah s.w.t mengampuni dosa.
Malam 4
Diberi pahala sebahagian pahala orang yang membaca kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
Malam 5
Dikurniakan baginya pahala seumpama orang yang bersembahyang di Masjid Al-Haram, Masjid Al-Nabawi dan Masjid Al-Akhsa.
Malam 6
Allah s.w.t. mengurniakan pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitulmakmur 70 ribu malaikat sekali bertawaf serta setiap batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah s.w.t mengampuni dosa orang yang bersembahyang tarawih pada malam itu.
Malam 7
Seolah-olah ia bertemu dengan Nabi Musa Alaihissalam serta menolongnya menentang musuh ketatnya iaitu Firaun dan Haman.
Malam 8
Dikurniakan pahala kepadanya sepertimana dikurniakan pahala kepada Nabi Allah Ibrahim (Khalilullah) Alaihissalam.
Malam 9
Seolah-olah ia menyembah Allah s.w.t sepertimana nabi-nabi Alaihissalatu Wassalam menyembah Allah s.w.t (iaitu dinaikkan darjat ibadatnya).
Malam 10
Allah subhanahu wataala mengurniakan kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11
Keluar ia daripada dunia (mati) dalam keadaan bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
Malam 12
Datang ia pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya (iaitu cahaya ibadat).
Malam 13
Datang ia pada hari kiamat dengan keadaan aman daripada tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14
Datang Malaikat menyaksikan ia sembahyang serta Allah s.w.t tidak menyesatkan pada hari kiamat.
Malam 15
Semua Malaikat yang menanggung arash bersalawat dan mendoa ke atasnya supaya Allah s.w.t mengampuninya.
Malam 16
Allah s.w.t tuliskan baginya lepas dari azab nereka dan dimasukkan ke dalam syurga.
Malam 17
Diberi pahala sebanyak pahala nabi-nabi.
Malam 18
Hai Hamba Allah, sesungguhnya Allah s.w.t telah redha kepada engkau dan ibubapa engkat (yang masih hidup atau mati)
Malam 19
Allah s.w.t tingkatkan dan tinggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus.
Malam 20
Dikurniakan kepadanya pahala sekalian mereka yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21
Allah s.w.t. tingkatkan dan tinggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus.
Malam 22
Datang ia pada hari Kiamat bebas daripada dukacita dan kerisauan (tidak di dalam keadaan huru hara di Padang Masyar).
Malam 23
Allah s.w.t. binakan sebuah istana di dalam syurga daripada Nur.
Malam 24
Allah s.w.t memberi peluang akan 24 doa yang mustajab (elok berdoa di waktu subuh).
Malam 25
Allah s.w.t mengangkat daripadanya siksaan kubur.
Malam 26
Allah s.w.t memberi pahala ibadat selama 40 tahun.
Malam 27
Melintas atas titian hari kiamat seperti kilat yang menyambar.
Malam 28
Allah s.w.t mengangkat darjatnya seribu darjat di akhirat.
Malam 29
Allah s.w.t mengurniakan pahala seribu kali haji yang mabrur.
Malam 30
Hai hambaKu, makanlah segala jenis buah yang kamu hendak makan di dalam syurga dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabil dan minumlah air daripada telaga nabi yang bernama Kausar.
Popularity: 4% [?]
Tags: Kelebihan Bulam Ramadhan






selamat berpuasa…
thanks bro, selamat berpuasa