Adakah berat badan kita meramalkan keadaan kesihatan seseorang?. Ya, berat badan yang berlebihan disebabkan lemak yang berlebihan terkumpul di bahagian pinggang, boleh meningkatkan risiko kesihatan kita.
Antara risikonya adalah boleh menghidapi tekanan darah tinggi, penyakit kencing manis, penyakit jantung, strok, kanser, masalah sendi & penyakit pernafasan.Pengurangan berat badan yang berkekalan walaupun pada kadar 5-10% boleh mengurangkan risiko kesihatan.
Indeks Jisim Badan (BMI) adalah kaedah yang digunakan untuk menentukan sama ada kita mempunyai berat badan yang berlebihan.
Formulanya :
BMI = Berat(kg) / Tinggi (m) x Tinggi (m)
Sila rujuk garispanduan BMI Asia seperti berikut untuk memastikan adakah anda mempunyai berat badan berlebihan atau tidak.
Pengelasan BMI(kg/m2)
Terlalu kurus < 18.5
Berat Badan Biasa 18.5-22.9
Berat Badan Berlebihan 23-24.9
Obes >25
Mengikut garispanduan Asia-Pasific , ukuran pinggang kita sepatutnya:-
Perempuan <31″ (<80cm) Lelaki <35″(<90cm)
Popularity: 3% [?]




