Apakah itu Sistem Imun?. Secara ringkasnya ia adalah sistem pertahanan di dalam badan kita yang terdiri daripada rangkaian sel-sel dan organ-organ yang bertujuan untuk menghalang organisme asing seperti bakteria, virus dan parasit dari masuk ke dalam tubuh badan kita.
Sistem imun memang amat penting kepada kita. Untuk mengelakkan sistem imun dari menjadi lemah, kita perlu melakukan perkara-perkara berikut :-
- Elakkan Dari Mengambil Produk-produk Yang Mengandungi Dadah. Perlu meminimakan pengambilan antibiotic serta vaksin terutamanya kepada kanak-kanak yang berumur kurang dari 5 tahun kerana sistem imun di dalam badan mereka masih didalam peringkat pengembangan.
- Jangan Terdedah Kepada Sinat Matahari Yang Kuat Dan Sinar Radiasi. Sinar Radiasi Ultraviolet (UV) dari matahari boleh memberi kesan kepada sistem imun. Ini akan menyebabkan badan akan gagal untuk menghasilkan antigen yang diperlukan untuk menangkis dari pelbagai penyakit.
- Elakkan Dari Bahan Kimia Yang Berbahaya. Merkuri yang digunakan untuk menampal gigi juga menjejaskan imun sistem kita. Selain itu kosmetik yang mempunyai bahan toksid, bahan plastik dan cat juga boleh melemahkan sistem imun.
- Mengamalkan Diet Yang Sihat Dan Elakkan Makanan Ringan. Tubuh badan kita memerlukan vitamin, mineral ,protein dan karbohidrat untuk membina sel-sel baru. Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran kerana diketahui ia mengandungi vitamin penting yang dapat membantu melawan penyakit. Cuba elakan memakan makanan ringan kerana ia mengandungi bahan perasa dan pewarna yang akan melemahkan sistem imun kita.
- Amalkan Gaya Hidup Sihat. Stress adalah faktor utama yang boleh dikawal kerana ia akan memberi kesan kepada kesihatan kita. Ia boleh dikurangkan melalui aktiviti relak seperti bermeditasi serta memperoleh rehat yang mencukupi, masa tidur yang cukup. Elakkan dari merokok serta jangan mengambil minuman keras.
Bila sistem imun menjadi lemah, maka ia akan menjejaskan tahap kesihatan kita kerana tubuh badan kita tidak dapat menhalang organisme asing daripada masuk ke dalam badan kita. Amalkan senaman setiap hari dan lakukan gaya hidup sihat dapat membantu menguatkan sistem imun kita.
Popularity: 5% [?]




