Telah diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
Barangsiapa membaca surah al-Waqi’ah pada setiap malam, maka ia tidak akan ditimpa kemiskinan
Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke 56 di dalam Al-Quran yang terdiri dari 96 ayat yang tergolong dari surah Makkiyah (diturunkan di Makkah). Surah ini diturunkan selepas surah Taahaa dan dinamakan dengan Al-Waaqi’ah yang bermaksud Hari Kiamat.
Ayat ini menolak tanggapan kaum kafir musyrik yang merasa ragu terhadap kewujudan hari akhirat. Ini adalah sebagai bukti bahawa hari akhirat tetap akan berlaku yang mana segala isi bumi ini akan dihancurkan dan digantikan dengan alam yang baharu iaitu alam akhirat.
Pada saat itu manusia akan terbahagi kepada tiga puak iaitu :
- Puak Kanan iaitu mereka akan berbahagia kerana akan mendapat sebaik-baik balasan dari Allah.
- Puak Kiri iaitu mereka akan memperoleh derita azab seksa yang tidak terperi.
- Puak Terdahulu iaitu mereka yang terdahulu mengerjakan kebaikan di dunia dan mereka ini telah dijanjikan sebaik-baik balasan di akhirat kelak.
Popularity: 15% [?]



