Seminar dah lama berlalu baru sekarang nak updated dalam blog. Tak apelah biar lambat dari tak updated terus. Bukan apa, ini adalah sebagai kenang-kenangan bagi diri sendiri atau sesiapa yang ingin tahu cerita di sekitar seminar tersebut.
Nak review sikit pasal seminar tersebut yang berlangsung pada 25 April 2010 bertempat di UTM Skudai. Seminar ini memang cool, Pertamanya pasal cara penyampai seminar tu lebih santai, tak lah terlalu formal sangat dan menarik. Keduanya, sebab apa memang cool kerana tempat tu memang sejuk sakan, sesiapa yang tak pakai jaket, sejuknya terasa sampai ke tulang…hehe. Yang ketiganya, pasal “Nasi Ayam Penyek”nya yang dikatakan paling best setakat yang pernah aku rasa dan makan.
Banyak tip-tip serta panduan yang diberi. Pandai-pandailah kutip dan praktik semua tip-tip yang telah diberi. Tapi yang menariknya sesiapa yang menyertai seminar ini akan secara automatik menjadi “Exclusive Member Forum Dunia Blogging”. Nak tahu apa faedahnya jadi exclusive member ini…hahaaa, yang tu kena join next Seminar Smart Blogging, barulah tahu rahsianya.
Popularity: 52% [?]




