Tahukah anda bagaimana tercetusnya ciptaan mesin fotokopi?.Sebenarnya idea ini wujud sejak tahun 1937 lagi iaitu bila seorang pelajar Amerika yang mengambil jurusan undang-undang (bukan kejuruteraan atau teknikal) yang bernama Chester Carlson. Beliau telah menemui satu proses penyalinan berdasarkan kepada tenaga elektrostatik. Pada tahun 1950 ia telah dikomersialkan oleh Xerox Corporation.
Perkataan “Xerografi” berasal dari bahasa Greek yang bermaksud tulisan kering. Idea ini tercetus bila beliau merasa kecewa dengan mesin stensil yang lambat dan kos fotografi yang mahal. Pada awalnya beliau mengalami kesulitan untuk mencari pelabur bagi merekacipta ideanya itu. Beliau mengambil masa selama 8 tahun untuk mencari syarikat yang berani melabur bagi membangunkan ciptaannya itu iaitu Xerox Corporation.
Ciptaanya itu telah dipatenkan pada April 1939 dan beliau merupakan jurutera penyelidikan dan peguam hak paten bagi mesin fotokopi tersebut. Manakala “Xerox” adalah cap dagang dimiliki oleh Xerox Corporation.
Popularity: 3% [?]




