Posts Tagged ‘Roti & Minyak Wangi’

Benda-Benda Pelik Di Dalam Makanan Dan Keperluan Harian Anda – Part 2

Tuesday, July 20th, 2010

Tahukah anda bahawa satu lagi benda pelik dan tak pernah terfikir oleh kita tentang bahan yang dimasukkan ke dalam makanan ialah L-cysteine. Ia adalah sejenis asid amino yang digunakan untuk mengkentalkan doh roti, mempercepatkan pemprosesannya dengan mesin ke dalam biskut, kerak piza, donat dan makanan bakar.

Sebenarnya ramuan tersebut wujud dari rambut manusia dan ia boleh dihasilkan secara tiruan daripada bulu pelepah burung. Pakar-pakar industri menyatakan bahawa kebanyakkan L-cysteine daripada rambut manusia datangnya daripada wanita China, yang menjual rambut mereka kepada kilang-kilang kecil yang memproses bahan kimia di serata tempat di negara tersebut.

Selain daripada itu, rokok yang dihisap setiap hari mengandungi bahan-bahan yang pelik. Beberapa jenama rokok memasukkan ramuan seperti koko, lilin lebah, minyak pain, cognac, jus buah prun, jus bit, cuka, kulit epal, mentega, sirap mapel, baja, skatole dan lain-lain.

Cuma ingin ditekankan di sini ialah apa itu skatole iaitu bahan yang pelik yang berada di dalam rokok. Tahukah anda bahawa skatole adalah salah satu komponen utama najis. Pakar yang arif mengenai perisa mengesahkan bahawa rokok mengandungi simulasi pati najis. Menurut Frank Fischetti, seorang ahli kimia perisa kanan di Wynn Starr Specialty Foods & Flavors di Allendale, NJ berkata bahawa skatole sering ditambah ke dalam wangian bunga melur dan bahan perisa.

Popularity: 100% [?]

Share/Save/Bookmark