Posts Tagged ‘penyakit kronik’

Awas! Bahayanya Diabetes

Secara mudahnya diabetes adalah sejenis penyakit kronik yang disebabkan oleh kadar gula yang tinggi di dalam darah kita. Tahap insulin yang sedikit atau tahap antibodi yang lemah terhadap insulin boleh menyebabkan diabetes. Insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh pankreas untuk mengawal gula di dalam darah.
Secara kasarnya, diabetes dibahagikan kepada 3 jenis iaitu :-
1) Diabetes Tahap 1

Diabetes tahap ini selalunya didapati pada peringkat umur kanak-kanak. Ini adalah mungkin disebabkan oleh faktor genetik, jangkitan virus dan masalah imune. Hanya sedikit insulin yang dikeluarkan atau tiada langsung. Pada tahap ini suntikan diperlukan setiap hari.

2) Diabetes Tahap 2

Tahap ini selalunya dihidapi oleh orang dewasa dan pada tahap inilah banyak kes diabetes timbul. Orang yang menhidapi diabetes tahap ini adalah dari kalangan obesiti dan kurang membuat senaman.

3) Gestational Diabetes

Diabetes tahap ini biasanya dihidapi oleh wanita yang sedang hamil yang disebabkan oleh kandungan glukosa darah tinggi. Bahayanya diabetes tahap ini yang boleh menyebabkan risiko yang tinggi untuk menghidapi diabetes tahap 2 dan kardiovaskular.

Penyakit kronik ini sangat berbahaya tetapi ia boleh dikawal dengan menjalani gaya hidup yang sihat serta mengawal diet kita.