Pada malam Ahad yang lepas, aku sempat ronda-ronda di Bazar JB. Sebenarnya bazar ni dah lama juga establish hampir setahun tapi baru malam ni aku berkesempatan ronda kat situ. Setelah ronda hampir 1 jam setengah dan naik lengguh lutut ni, secara kasarnya memang banyak barang yang biasa-biasa sehingga kepada barang yang agak pelik dan antik ada dijual disitu. Ini termasuklah barang-barang bundle seperti pakaian, beg tangan , kasut, beg galas dan beg laptop, kereta sorong baby dan pelbagai barang lagi yang tak mampu nak dilistkan di sini.
Bagi pengemar barang perhiasan antik memang ada disini, pengemar collection duit lama zaman Jepun dan sebagainya memang ada dijual kat sini. Harganya agak berpatutan. Bagi sesiapa yang datang bawa angkatan (anak-anak) pasti mereka terpaku dengan pelbagai barang mainan kerana semuanya ada disitu (one stop centre). Bazar ni dibuka 6ptg-12mlm pada hari Isnin-Jumaat dan 7.30mlm-12mlm pada hari Sabtu & Ahad, jalan terus tak de cuti. Bagi sesiapa yang duduk luar JB, lokasi bazar ni adalah di area Bangunan MARA Segget. Parking agak sukar sikit pasal terletak di tengah-tengah bandaraya JB. Aku pun kena menapak(jalan kaki) sikit, pasal parking kat area Bank Negara.
Popularity: 7% [?]




