Jika anda baru berjinak-jinak dengan internet terutamanya untuk meraih pendapatan dari internet tentunya medium sebagai alat penerimaan dan pembayaran adalah semestinya penting.
Jika antara terlibat dengan pelbagai program buat duit di internet samada di dalam dan di luar negara, anda diwajibkan mempunyai akaun bank seperti akaun maybank, cimb bank dan sebagainya bagi memudahkan urusniaga perniagaan online anda.
Bagi yang mahu melakukan affiliate, google adsense dan sebagainya, semestinya anda perlu ada akaun paypal. Paypal adalah merupakan salah satu merchant penting di dalam perniagaan online. Sejarah penubuhan paypal adalah untuk kegunaan transaksi bagi uruniaga pembelian dan penjualan produk ebay.
Ramai usahawan internet gemar menggunakan paypal kerana ia mengenakan yuran yang paling murah untuk menghantar dan menerima wang. Ia juga menerima bayaran kad kredit dari website berbanding dengan merchant yang lain.
Untuk mengetahui lebih lanjut bagaiman nak menggunakan atau cara untuk sign up dan menggunakan paypal, anda boleh rujuk pada ebook panduan paypal berikut dan diharap dapat membantu anda menjalankan urusniaga online anda.
Popularity: 3% [?]




