Posts Tagged ‘Kenapa Bayar Zakat’

Sudahkah Anda Bayar Zakat Fitrah Anda

Saturday, August 21st, 2010

Zakat Fitrah adalah rukun Islam yg ke-4 yang wajib dikeluarkan pada bulan ramadhan sehingga awal pagi sebelum menunaikan solat Aidil Fitri. Waktu yang afdal untuk membayar zakat ialah selepas terbit fajar subuh sehingga sebelum solat aidilfitri. Waktu wajib bayar zakat pula ialah akhir ramadhan sehingga terbit matahari. Jadi kalau nak bayar zakat tu jangan lah bayar last minit, kesian pulak kat tok iman atau amil zakat..pagi-pagi rumah dah kena serbu dengan orang yang nak bayar zakat sebab lebih afdal lah katakan.

Ketahuilah bahawa syarat-syarat zakat adalah :

  1. Islam
  2. Merdeka
  3. Sempurna Milik
  4. Cukup Nisab
  5. Cukup Haul

Mengapa perlu bayar zakat? Sebabnya adalah untuk membersihkan dan menyucikan harta kita, insyallah harta dan rezeki kita akan bertambah lagi. Ia juga dapat menolong orang-orang yang lebih memerlukan iaitu 8 asnaf. Tidak akan jadi papa seseorang itu jika ia mengeluarkan zakat.

Firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 267 bermaksud :

Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah sebahagian harta kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi

Sebagai panduan bersama, berikut adalah kadar zakat fitrah bagi tahun 2010

  1. Perlis – RM 6.00
  2. Kedah, P.Pinang, Perak, Selangor, Pahang, Kelantan & W.Persekutuan – RM 7.00
  3. Negeri Sembilan & Melaka – RM 6.50
  4. Johor – RM 5.00/RM 7.50 (mengikut jenis beras yang dimakan)
  5. Terengganu – RM 5.00/RM 7.00/RM 8.00 (mengikut jenis beras yang dimakan)
  6. Sarawak – RM 5.20
  7. Sabah – RM 6.80

Popularity: 14% [?]

Share/Save/Bookmark