Posts Tagged ‘Kebaikan Pokok Stevia’

Semanis-Manis Gula…

Saturday, October 30th, 2010

Sekarang ada berita baik untuk pengemar kepada manis-manisan. Barangkali khabaran ini agak melegakan para pesakit diabetes kerana telah ditemui pemanis semulajadi yang boleh menjadi alternatif kepada gula. Memang kita sedia maklum bahawa mengambilan gula pada kadar yang tinggi boleh mengundang pelbagai penyakit. Tahukah anda bahawa rakyat Malaysia dikatakan pengemar kepada manisan terutamanya susu pekat dan gula. Ini telah meletakkan negara kita di tangga ke-8 tertinggi di dunia dengan jumlah 46.9 kg perkapita pada tahun 2005 atau 26 sudu sehari. Fakta menyatakan bahawa rakyat Malaysia merupakan pengidap diabetes ke-4 tertinggi di Asia berjumlah 800,000 pada tahun 2009 dan dijangka meningkat kepada 1.3 juta pada tahun 2010.

Agak memeranjatkan fakta-fakta di atas. Pemanis alternatif yang saya sebutkan tadi ialah dari daun “stevia”. Stevia adalah sumber pemanis semulajadi dan menyihatkan kerana ia tidak mengandungi kalori dan sesuai untuk mengurangkan berat badan. Yang menariknya daun stevia ini lebih manis sehingga 250 kali ke 300 kali berbanding dengan gula biasa.

Pokok stevia ditemui oleh seorang warga Itali di Paraguay dimana orang asli di negara berkenaan menggunakannya sebagai manisan pada ubatan. Setakat ini tanaman pokok stevia belum dikomersialkan dinegara kita kerana kos pengeluaran yang tinggi. Kebanyakan produk ini diimpot dari negara luar seperti China, India, Brazil, Kanada dan Rusia.

Popularity: 14% [?]

Share