Spesis bunga raya ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun. Dalam istilah saintifik ia dikenali sebagai ”Hibiscus” yang sering ditanam sebagai pokok hiasan di halaman-halaman rumah rakyat malaysia.
Pada akhir tahun 1958, kerajaan telah mengarahkan Kementerian Pertanian untuk mencari bunga yang sesuai untuk dijadikan sebagai bunga kebangsaan. Antaranya adalah bunga-banga yang dicadangkan adalah Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Pada 28n Julai 1960, setelah mendapat persetujuan daripada kerajaan, bunga raya telah dipilih sebagai bunga kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu.
Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau. Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda.
Yang peliknya tapi benar, bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India. Di Kuala Lumpur, satu taman yang terkenal, iaitu “Taman Bunga Raya K.L.” telah di khaskan untuk menanam dan sebagai pusat pameran berjenis-jenis bunga raya serta lain bunga sekeluarga dengannya.
Popularity: 9% [?]




