Tahukah anda bahawa bekas makanan yang digunakan sebagai alat pembungkus makanan yang kita beli di kedai mengandungi toksid yang merbahaya kepada diri kita. Makanan seperti mee segera di dalam cawan, ais krim, yoghurt dan segala makanan yang dipek dengan plastik juga mengandungi toksid dari plastik tersebut.
Satu bahan yang terkandung di dalam pembungkus plastik dipanggil ‘Styrene’. Ia adalah bahan yang di keluarkan dari sumber petroleum yang digunakan di dalam industri yang mengeluarkan cat dan getah sintetik. Di dalam pembungkus makanan bahan ini dikenali sebagai ‘polystyrene’ dan ‘styrofoam’.
Kajian telah dilakukan di Britain iaitu pada tahun 1994 mendapati lebih dari 200 sampelĀ makanan seperti susu, margerin, keju lembut dan yoghurt mengandungi ‘styrene’. Pada tahun 1999, kajian yang telah dibuat di Jepun menjumpai ‘styrene’ di dalam pek polystyrene yang biasa digunakan untuk membungkus mee segera.
Menurut Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO), ‘styrene’ boleh mengakibatkan atau sebagai agen yang menyebabkan kanser. Ia juga menyebabkan perubahan genetik serta boleh memudaratkan kepada wanita yang hamil.
Popularity: 9% [?]





