Posts Tagged ‘Apa Itu TwitterCounter’

Apa Itu TwitterCounter.com

Tuesday, August 17th, 2010

Salah satu social media yang popular selain facebook adalah twitter. Mungkin kebanyakkan anda sudah mempunyai akaun twitter dan bagi sesiapa yang belum mempunyai akaun twitter boleh sign-up di sini. Twitter umpama alat yang dapat memberitahu aktiviti yang kita lakukan secara ringkas yang menghadkan hanya 140 patah perkataan.

Ia amat mudah untuk update apa-apa sahaja yang kita hendak maklumkan di ruangan yang diberikan. Untuk menambahkan bilangan “follower”, kita perlu “following” seseorang terlebih dahulu dengan mengunakan button carian yang disediakan.

Salah widget yang membantu kita untuk mengetahui bilangan “follower” dan “following” adalah TwitterCounter. Selain itu widget ini juga dapat membuat analisis pergerakan “follower” dan “following” kita dari masa ke semasa dengan paparan graf tersedia ada. Kepada sesiapa yang mempunyai blog sendiri boleh memasang widget ini di dalam blog anda, cuma copy dan paste code yang diberikan tetapi sebelum itu kenalah sign-in twittercounter dahulu.

Popularity: 4% [?]

Share/Save/Bookmark