Lebih kurang 2 minggu lagi kita akan berhari raya. Mungkin anda semua sedang sibuk menyediakan persiapan bagi menyerikan hari lebaran yang bakal tiba. Ramai berpusu-pusu menyerbu gedung beli belah, apatah lagi dengan pelbagai potongan harga yang diberikan oleh pasaraya terkemuka. Sebaik-baiknya, beli apa yang patut dan mustahak sahaja, elakkan dari membazir.
Berbalik kepada cerita mercun tadi. Makin hari makin hangat cerita pasal mercun. Ada sesetengah orang berpendapat tak meriah raya tanpa mercun. Tapi paling sedih jika banyak nyawa melayang akibat dek mercun ni. Kalau dilihat di dada akhbar, pelbagai berita sedih akibat bermain mercun.
Pada saya berita terbaru yang menyayat hati kita ialah kematian budak baru berumur 6 tahun di sebuah rumah yang dijadikan stor menyimpan pelbagi jenis mercun. Umpama letupan bom apabila stor tempat simpanan mercun itu meletup. Implikasinya amat kuat sehingga kanak-kanak tersebut terpelanting dan tersangkut di atas dahan pokok. Lebih menyayat hati bila kecederaan parah di bahagian kepala yang hampir tiada, laporan dari sebuah akhbar menulis bahawa kesemua mercun itu kepunyaan bapa kanak-kanak tersebut.
Mengikut rekod, bapa kanak-kanak tersebut pernah ditahan atas kesalahan yang sama. Beliau telah kehilangan anak tunggalnya akibat kesalahan dan kelalaian diri sendiri. Semoga ini akan memberikan pengajaran kepada kita semua supaya mengawasi anak-anak kita dari bermain mercun. Tetapi setakat main bunga api atau mercun pop-pop tu rasanya boleh asalkan tidak merbahaya kepada diri sendiri.
Popularity: 8% [?]
Tags: Raya Tanpa Mercun






Bila penjelang hari raya yg cedera kena mercun orang melayu, yg kemalangan ngeri orang melayu tu belum lagi buang bayi bergadoh hal politik dan sebagainya…apa nak jadi kpd bangsa ku…
melayu serba boleh agaknya…
huhuhu kebolehan yang ada harus di ambil berat… mungkin tak ada tempat nak menunjukkan kebolehan dan bakat lalu di buat dengan cara yang salah… kekadang tak baik untuk menyalahkan… sekadar pendapat
parah dibuatnya
fikir untung sangat… anak tergadai… banyak cara lain nak berjaya…tapi kenapa pilih jalan singkat… biarlah susah ..janji berkat dengan kerja kita tuh..
zaman aku dulu main mercun gak tapi xde pulak sampai jadi mcm sekarang ni. dulu lagi besar2 punya meriam pun ada selamba je main. yg penting jangan memandai ubahsuai pastu sentiasa berhati2. alhamdulillah semua ok.
ada juga pengalaman main meriam tanah
aku suka main mercun. Dan aku rindu nak main…
main mercun pop2 aje, sehinggit sekotak