Kisah Dua Makhluk Tuhan

Ini adalah kisah dari salah satu artikel yang telah saya baca yang agak menarik ceritanya. Kurang lebih ceritanya begini ;

Pada bulan Februari yang lepas, seorang hamba Allah (Kak Su) sedang menunggu kawan-kawannya untuk menghadiri satu program di masjid yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur. Beliau ternampak seekor kucing berpelesiran di dinding pintu masjid. Kucing yang berbulu perang itu menjulurkan tengkuk dan merebahkan diri di anak tangga pertama di masjid berkenaan. Puas dihalau tapi tak mahu juga ia bergerak. Ia mematikan diri di situ. Pintu masjid segera ditutup takut kalau-kalau ia masuk kembali dan kencing di atas permaidani.

Sedang dia menunggu kawan-kawannya, muncul sebuah kereta Satria Neo berwarna perak. Seorang lelaki separuh umur berbaju Melayu dan berkain pelikat turun dari kereta sambil tersenyum kepada kami berlima. Di tangannya ada membawa bungkusan di dalam beg plastik merah menuju ke garaj berdekatan. Kucing yang tadi melentok liuk manja di sisi kami segera mengejarnya. Lelaki itu mengeluarkan bungkusan tadi.

“La, patutlah kucing ni tak bergerak-gerak depan kita tadi, rupanya dia tunggu ‘tuannya’ datang”. Dari perbualan Kak Su dengan lelaki tadi, rupa-rupanya lelaki tu akan datang setiap pagi ke masjid untuk memberi makanan kepada kucing tersebut.

Lelaki itu bercerita kepada Kak Su bahawa dua minggu lepas kereta Mercedez Benz kesayangannya tiba-tiba enjinnya terbakar, syukur nyawanya selamat. Dia tenang menghadapi dugaan tersebut dan wajahnya tetap ceria. Katanya kepada Kak Su, buat apa nak susah hati, semua yang ada bersifat sementara, tak ada yang kekal. Kepada binatang terus ditabur bakti dengan harapan mudah-mudahan segala urusan kehidupan dipermudahkan dalam keberkatan Allah.

Jadi moral atau pengajaran yang kita dapat dari cerita di atas adalah :-

  • Berbuat baiklah kita dengan sesama makhluk.
  • Andai didatangi peminta sedekah, hulurlah bantuan ikut kemampuan kita. Jangan menengking atau mengherdik mereka dan minta mereka doakan kesejahteraan kita.
  • Kita juga boleh meminta didoakan kesejahteraan ke atas diri kita kepada binatang yang kita berikan makanan kerana ia juga makhluk Allah yang faham naluri baik insan yang menyayanginya.
  • Mudah-mudahan berkat doa makhluk yang dibantu ini dapat menyelamatkan kita dan keluarga dari pelbagai petaka.

Popularity: 37% [?]

Share/Save/Bookmark

Tags:

2 Responses to “Kisah Dua Makhluk Tuhan”

  1. farah says:

    Ya Allah jahatnyer sy selalu jer x suke kucing..mudah-mudahan dijauhkan bala..amin:)

    p/s:ringkas dan kemas blog anda:)

Leave a Reply