Belanja Raya: Keperluan Vs Ikut Nafsu

Lebih kurang seminggu lagi Hari Raya Aidilfitri akan menjelma. Tentu ramai antara kita sudah merancang untuk berbelanja untuk persiapan aidilfitri. Ada juga mungkin belum membeli atau menunggu saat-saat akhir untuk berbuat demikian.

Eloklah kita berbelanja berpada-pada, jangan ikut nafsu. Silap haribulan lepas raya poket dah kosong, itu yang parah dibuatnya. Disarankan juga sebelum berbelanja lebih baik kita menyediakan senarai barang-barang keperluan yang wajib atau harus dibeli. Dengan adanya senarai tersebut sedikit sebanyak dapat mengawal duit kita dari membeli barangan yang tidak mustahak.

Antara perkara yang perlu dibeli menjelang kehadiran aidilfitri ialah :

  1. Penyediaan Makanan. Cuba semaikan sifat jangan suka membazir. Jika memasak untuk hari raya, digalakkan berbincang dengan saudara mara tentang hidangan yang patut disediakan. Jika keluarga A masak ketupat dan lemang, keluarga B pula masak lontong dan rendang. Dengan cara begitu bolehlah kedua-dua keluarga bertukar-tukar masakan, tidaklah keluarga A perlu memasak semua hidangan tersebut.
  2. Keperluan Pakaian. Ini adalah barang yang semestinya ada menjelang aidilfitri. Tidak meriah jika ia disambut tanpa memakai baju baru. Membeli pakaian digedung beli-belah yang tersohor tentulah harganya lebih mahal dari pasaraya biasa. Mungkin dari segi kualitinya tidak jauh beza dan ianya tetap berseri jika dipakai.
  3. Kain Langsir Dan Perhiasan Rumah. Tidak semestinya kita perlu menukar perabut atau kain langsir kita setiap tahun, mungkin barang-barang tersebut boleh dicuci atau dicat menjadikan ia lebih ceria.
  4. Persiapan Untuk Pulang Ke Kampung. Bila sebut topik tadi, tentulah perkara yang perlu dipastikan ialah servis kereta kita. Ini adalah penting kerana dengan berbuat demikian kita dapat pulang berhari raya dengan lancar. Tiada masalah kerosakan kenderaan bila hendak pulang ke kampung.
  5. Rumah Terbuka. Perkara ini selalu dilakukan oleh warga kota. Bagi mengelakkan pembaziran eloklah perancangan yang betul perlu dibuat untuk mengadakan rumah terbuka. Tidak perlulah kita meyediakan juadah yang melampau-lampau, cukuplah sekadar dua atau tiga jenis makanan sebagai hidangan.

Popularity: 7% [?]

Share/Save/Bookmark

Tags:

2 Responses to “Belanja Raya: Keperluan Vs Ikut Nafsu”

  1. kulanz says:

    setakat ni aku belum belanja raya lagi.. masih kira bajet untuk pastikan semua keperluan boleh beli

Leave a Reply