Tarik Nafas Kelegaan

June 30th, 2011

Tarik nafas kelegaan sekejap setelah hampir 2 bulan blog ini tidak bernyawa. Setelah perkara-perkara dan tugas rutin yang perlu komitmen dapat diselesaikan sebelum tamat masa pada hari esok 30hb Jun 2010, Alhamdulillah.

Bila rasa aura untuk berblogging kembali terus dimenaip apa yang patut supaya blog ini terus hidup. Masa berlalu terlalu pantas, sekarang kita berada di dalam 3 bulan yang sesuai untuk kita tingkatkan amal ibadah kita iaitu bulan Rejab, Sya’ban & Ramadhan. Beberapa hari lagi bulan Rejab akan meninggalkan kita, tinggal sebulan lebih kita akan berjumpa dengan bulan Ramadhan, insyaallah jika dipanjangkan umur kita.

Hari ini bersamaan 27 Rejab iaitu malam dimana Rasulullah s.a.w di Israk & Mijrak dan pada hari ini juga Panglima Islam Naseer Salahuddin Al-Ayubi dapat menawan kembali Baitul Muqaddis (Palestine) setelah ia ditakluki oleh puak Kristian selama 88 tahun.

Semoga kita beroleh keberkatan dengan melakukan amal ibadah kita pada hari ini dan mendapat redha Allah.

 

Popularity: 6% [?]

Share

Fadhilat Surah Al-Mulk

April 30th, 2011

Sedikit perkongsian mengenai kelebihan dan kebaikan Surah Al-Mulk.

Surah Al-Mulk adalah surah yang ke-67 daripada 114 surah yang terdapat di dalam Al-Quran Nul Karim. Al-Mulk boleh didefinasikan sebagai “Kerajaan atau Kekuasaan”. Surah ini mengandungi 30 ayat dan ia telah diturunkan di Kota Mekah.

Selain itu Surah Al-Mulk ini juga dikatakan surah keamanan dan kesejahteraan kerana ia boleh menyelamatkan para pembaca surah ini dari seksaan kubur. Ini telah terbukti pada zaman Rasulullah s.a.w dari Ibnu Abbas menceritakan :

Pernah pada suatu ketika para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al-Mulk dari mula hingga akhir surah tersebut. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Maka tahulah mereka bahawa sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal tersebut telah diceritakan kepada Rasulullah s.a.w lalu baginda bersabda yang bermaksud ; “Surah Al-Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindarkan para pembacanya dari azab neraka” – diriwayatkan oleh Iman Tirmidzi.

Maka fahami maksudnya dan bacalah surah tersebut setiap hari secara istiqamah, semoga kita terlepas dari siksaan azab kubur dan ia akan menjadi pelindung kita semasa kita berada di dalam kubur. Insyaallah

 

 

Popularity: 27% [?]

Share

Amalkan Cara Pemakanan Sihat Untuk Mengawal Tekanan Darah

April 24th, 2011

Cara pemakanan seseorang itu dapat mempengaruhi tahap kesihatan individu tersebut. Mungkin langkah-langkah berikut dapat membantu mengawal tekanan darah kita :-

  1. Mengurangkan Kadar Berat Badan. Adalah disarankan seseorang itu perlu mengurangkan berat badannya sebanyak 10% daripada berat badan asal bagi memastikan tahap tekanan darah terkawal. Salah satu cara untuk mengurangkan berat badan ialah dengan menjaga diet harian kita.
  2. Kurangkan Garam Di Dalam Makanan. Kadar garam atau natrium di dalam makanan kita akan mempengaruhi tekanan darah kita. Ia akan menyebabkan pengumpulan air dalam tubuh kita. Kandungan cecair yang berlebihan akan memberi tekanan kuat pada dinding salur darah dan akan meningkatkan tekanan darah. Amalkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan daging segar serta kurangkan makanan segera dalam diet harian kita. Selain itu ambil sedikit sahaja di dalam masakan dan kurangkan pengambilan makanan terlalu masin dan pencecah makanan seperti kicap dan sos tiram.
  3. Mengambil Makanan Yang Berserat. Makanan yang mengandungi serat yang tinggi adalah buah-buahan serta sayuran. Makan empat hingga lima sajian sehari buah-buahan dan sayuran segar, sejukbeku atau kering serta makanan tanpa garam.
  4. Kurangkan Pemgambilan Kafein. Kopi adalah minuman yang sinonim dengan kafein. Kafein akan mengeraskan arteri, meningkatkan tekanan darah dan menaikkan paras adrenalin dan noradrenalin serta aktiviti renin. Jadi kurangkan pengambilan kopi hanya 2 cawan sahaja sehari.
  5. Jangan Mengambil Alkohol. Minuman beralkohol adalah diharamkan di dalam Islam kerana ia memberi mudarat kepada tubuh kita. Pengambilan alkohol akan meningkatkan tekanan darah.

Kita perlu mengawal tekanan darah kita kerana tanpa berbuat demikian boleh menyebabkan serangan sakit jantung, strok, kegagalan buah pinggang, kerosakan mata serta degupan jantung tidak normal.

 

Popularity: 24% [?]

Share

Inovasi Pembedahan Mata LASIK

April 21st, 2011

Di sini saya ingin berkongsi informasi mengenai kaedah teknologi terkini mengenai pembedahan mata yang dikenali sebagai LASIK. Perkataan ini adalah singkatan dari “Laser Assisted In Situ Keratomileusis”. Ini adalah kaedah pembedahan pembetulan penglihatan untuk ralat pembiasan untuk rabun jauh, rabun dekat dan silau. Ia adalah kaedah pembedahan yang popular dan berjaya dilakukan diseluruh dunia.

Kaedah pembedahan ini telah dilakukan lebih 10 tahun yang lalu dan lebih dua juta pembedahan telah dibuat di Amerika Syarikat sejak dua tahun kebelakangan ini. Prosedur ini juga banyak dilakukan di Australia, Eropah, Hong Kong, Jepun, Korea, Taiwan dan Singapura.

Prosedur pembedahan ini tidak memerlukan kita untuk masuk ke hospital dan ia hanya mengambil masa 10 minit. LASIK mengubah kelengkungan kornea. Mata akan merasa kebas selepas titisan mata anestetik dimasukkan ke dalam mata. Selepas itu doktor mata yang mahir akan membentuk satu lapisan kornea dengan alat microkeratome iaitu alat pembedahan mikro yang amat jitu. Selepas lapisan kornea ini dibentuk dan diketepikan, permukaan kelengkungan kornea akan diubahbentuk dengan sinaran laser Excimer.

Lapisan tisu kornea ini amat nipis sekali dan prosedur menggunakan laser Excimer tidak memberi kesan kerosakan haba atau kesan parut pada tisu-tisu sekeliling. Selepas sinaran laser ini, flap kornea yang masih terlekat dikembalikan ke kedudukan asal tanpa perlu sebarang jahitan.

Pada dasarnya risiko akibat prosedur LASIK ini adalah amat kecil. Sebelum pembedahan dilaksanakan para pesakit perlu memjalani pemeriksaan pra-pembedahan bagi mengetahui samada pesakit tersebut sesuai ataupun tidak menjalani pembedahan LASIK. Salah seorang doktor pakar yang melakukan pembedahan melalui kaedah ini ialah Prof Dr Muhaya Muhammad dan boleh melayari blog beliau untuk di sini.

Popularity: 25% [?]

Share

Karnival Mahabbah IKIMfm

April 19th, 2011

IKIMfm adalah sebuah stesen radio yang berkonsepkan kepada pendekatan Islam yang beroperasi 24 jam sehari. Banyak program yang dikeudarakan bersifat mendidik jiwa dan program hiburan yang tidak melalaikan, selain dari menyajikan maklumat yang bermanfaat.

Sempena dengan sedekad bersiaran, stesen radio ini akan mengadakan Karnival Mahabbah IKIMfm di selatan tanah air yang bertempat di Komplek Mutiara Johor Land, Bandar Dato’ Onn Johor Bahru. Karnival ini akan berlangsung selama 3 hari iaitu bermula pada hari Jumaat sehingga Ahad bertarikh 22-24 April 2011.

Pelbagai acara menarik akan disediakan termasuklah Konsert Mahabbah IKIMfm, program remaja@ikimfm, futsal, Dari konti ke pentas, Forum Mahabbah IKIMfm, acara untuk kanak-kanak bersama Upin dan Ipin, acara memasak bersama Chef Sabri, konvoi motor berkuasa tinggi dari Kuala Lumpur Ke Johor Bahru dan banyak lagi. Di anggarkan seramai 80,000 pengunjung akan menghadiri karnival ini. Pelbagai kiosk dan gerai jualan disediakan yang menjual produk yang memberi manfaat kepada pengunjung.

 

Popularity: 9% [?]

Share