Apakah Sumber Makanan Kanser?

Tahukah anda bahawa gula merupakan makanan kanser. Dengan katakan tidak pada gula, kita mampu menghalang sel-sel kanser daripada terus menular di dalam badan kita.

Satu lagi sumber makanan sel adalah susu kerana ia akan menyebabkan badan mengeluarkan lendir terutamanya dalam saluran usus gastro. Kalau kita hendak minum susu, anda boleh gantikan susu yang biasa kita minum dengan susu soya tanpa gula.

Lagi satu, sila kurangkan makan makanan yang berasaskan daging kerana menurut kajian saintifik ia adalah asidik. Di setengah-setengah ladang ternakan yang ingin mempercepatkan kadar penghasilan daging, mereka menggunakan kaedah suntikan antibiotik dan hormon tumbesaran yang kerap ke atas haiwan ternakan.

Kita disarankan untuk mengambil makanan yang terdiri daripada sayur-sayuran segar, jus buah-buahan, kekacang kerana ia dapat menukar badan kepada persekitaran yang beralkali. Cuba elakkan dari meminum kopi, teh dan coklat yang mengandungi kafein yang tinggi. Teh hijau disarankan kerana ia lebih baik dan berkhasiat melawan kanser.

Minum air yang ditapis bagi mengelakkan toksin dan logam dalam air paip. Untuk pengetahuan bahawa air suling mengandungi asid. Vitamin E jika diambil boleh menghindarkan dari kewujudan sel kanser kerana ia terkenal sebagai pembunuh sel. Ambilah sumplemen seperti mineral, vitamin dan anti-oksida yang dapat membina sistem imun serta dapat menghapuskan sel kanser.

Kita perlulah mempunyai sikap yang proaktif dan berfikiran positif. Sikap pemarah, tidak memaafi serta kecewa akan membuat badan kita lebih stres dan menjadikan badan kita berada dalam keadaan asidik. Oleh itu kita perla banyak relak dan menikmati hidup dengan menjadi seorang yang penyayang dan pemaaf.

Popularity: 9% [?]

Share

Tags:

2 Responses to “Apakah Sumber Makanan Kanser?”

  1. shahril says:

    salam semua… sebenarnya punca utama semua jenis kanser adalah kekurangan Vitamin B17/Amygdalin… boleh buat search di google pasal ubat B17 nie adalah penawar/ubat kepada semua jenis kanser tak kira tahap brape pun.. B17 nie tggi dalam biji aprikot, biji buah2an berry mcm acai berry, burberry, anggur, epal, kacang hijau, ubi kayu, daun sireh, daun belalai gajah, keladi tikus… tu sbb org2 tua dulu kadar kanser sgt kurang sbb mereka mengamalkan makan ubi kayu, daun sireh, ulam2an, keladi.. kita skrg mmg xmakan atau kurang makan bnda2 mcm ni, tu yg kanser terlalu tggi dlm zaman kita… sesiapa yg ingin mendapatkan ubat kanser iaitu B17 + Bromilin + Graviola… boleh hubungi saya 019-9362993, atau emel di hubby_sr@yahoo.com atau join group facebook ‘PENAWAR/UBAT KANSER’.. sesuai utk merawat semua jenis kanser tak kira tahap brape… InsyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dlm masa 2-3 bulan sekiranya mengikut tatacara yg betul….

Leave a Reply