Selamat Datang Ke Pasar Kemboja Ulu Tiram

Pasar Kemboja Ulu Tiram ini agak popular di kalangan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, Johor Bahru dan Pasir Gudang. Ia ibarat syurga bagi mereka yang gemar membeli pakaian, semuanya boleh diperolehi di sini. Sebelum itu, lokasi pasar kemboja ini terletak di Batu 18.5 Kg Sg Tenang, Ulu Tiram. Lebih spesifik lagi ia berhampiran dengan Felda Sg Tiram, jika anda dari Johor Bahru bila tiba di persimpangan lampu isyarat pekan Ulu Tiram belok kanan dan jika dari Kota Tinggi belok kiri. Dari situ lebih kurang 12km jauhnya untuk sampai ke destinasi ini. Pasar Kemboja ini mula berniaga pada awal pagi pada setiap hari Khamis sahaja.

Terdapat lebih dari 100 peniaga yang datang dari Kuala Lumpur, Kota Tinggi dan warga tempatan yang berniaga di sini. Kebanyakkan peniaga adalah dari kalangan orang Kemboja yang telah bermastautin di daerah ini. Ulu Tiram adalah salah satu dari tempat yang terkenal dengan pemastautin dari Kemboja ini. Sebab itu pasar ini dikenali dengan Pasar Kemboja.

Pelbagai barangan yang diniagakan seperti kain ela, baju, seluar, tudung, tuala, cadar, sarung bantal, kemeja T, telekung dan banyak lagi. Paling popular adalah kain tudung yang dijual dengan harga RM5 hingga RM15 dan kain ela RM15 hingga RM35 lebih murah dari kedai biasa. Kualiti barang yang dijual adalah sama dengan kedai-kedai lain tetapi harganya lebih murah dan boleh dibeli secara borong. Kebanyakkan peniaga memberi barang di sini. Jangan terkejut jika anda dapati ramai para peniaga Pakistan yang membeli secara borong pakaian dan tudung untuk dijual dari rumah ke rumah di sekitar daerah ini.

Bagi yang berkeluarga dan anak ramai, pakaian basahan untuk kanak-kanak boleh dibeli di sini dengan harga yang murah. Begitu juga pakaian sekolah boleh didapati di sini dengan harga yang berpatutan. Kaum wanita terutamanya tentu rambang mata untuk memilih pakaian atau tudung untuk dibeli.

Popularity: 44% [?]

Share

Tags:

4 Responses to “Selamat Datang Ke Pasar Kemboja Ulu Tiram”

  1. mancai says:

    kat banting pun ada pasar kemboja ni…

  2. aimannajmy says:

    hurmm dah lama tak balik PG..huhu rindu nk balik sana…nnt balik leh la singgah pasar ni..tak pernah lagi singgah hehhehe

  3. Baru semalam famili saya bincang pasal hal nie… hari nie jumpa blog awak…
    terima kasih atas penerangan nie…

    • anuarkarimz says:

      sama2..selamat bershopping. selain di ulu tiram, pasar kemboja juga ada di ayer hitam johor..kalau tak silap setiap hari rabu.

Leave a Reply