Panorama Menarik Di Penghujung Benua Asia

Blogpost kali ni nak cerita sikit pasal satu tempat menarik yang mendapat nama jolokan iaitu “Penhujung Benua Asia”. Lokasi tempat ini dikenali sebagai Tanjung Piai yang terletak di daerah Pontian, Johor. Pada sesiapa yang tidak pernah dengar nama tempat ini tapi tentu anda tahu kalau saya sebut Kukup. Tanjung Piai memang terletak berhampiran dengan Kukup iatu terminal feri yang terkenal kepada sesiapa yang mahu ke Indonesia terutamanya Tanjung Balai atau Tanjung Pinang.

Tanjung Piai telah diwartakan sebagai Taman Negara pada bulan September 2001 dan ia adalah dibawah kelolaan Perbadanan Taman Negara Johor. Bertentangan dengan Taman Negara Tanjung Piai ialah Taman Negara Pulau Kukup. Kedua-dua destinasi ini terkenal sebagai ‘eco-tourism’ yang menjadi tumpuan para pelancong yang ingin menikmati keunikan dan keindahan hutan bakau semulajadi.

Perjalanan dari Johor Bahru ke Pontian Kechil melalui jalan persekutuan adalah sejauh 22km dan 7km dari Pontian Kechil ke Kampung Tanjung Piai.  Kepada kaki-kaki pancing, bolehlah memancing di kawasan Kukup Laut.

Tarikan utama adalah lokasi ini menjadi persinggahan burung-burung menjelang bulan April setiap tahun. Berbagai spesis burung boleh dilihat disini pada tempoh tersebut. Terdapat binaan pejalan kaki sepanjang 300m melalui hutan bakau menuju ke laut. Terdapat juga chalet-chalet bagi sesiapa yang ingin bermalam di sini. Satu monumen ‘Globe’ yang besar telah dibina di sini sebagai satu tanda sebuah tempat yang terletak di “Penghujung Benua Asia”.

Popularity: 24% [?]

Share

Tags:

Leave a Reply