Archive for the ‘Umum’ Category

Apa Dah Jadi Dengan Gengblogger.com

Monday, October 18th, 2010

Lama betul tak update blog ni, sunyi sepi umpama tiada tuan punya. Banyak sawang labah-labah kat sana sini :) . Hari ni cuma nak sembang-sembang pasal perkembangan terkini blog komuniti gengblogger.com. Pada pandangan aku blog komuniti ni memang bagus sebab kita boleh ping setiap kali kita buat blog post baru. Secara langsung ia dapat tarik trafic datang ke blog kita selain dapat kenalan dari rakan blogger yang lain.

Tetapi sejak kena attack dengan malware sebelum puasa dan sehingga kini aku rasa blog tu www.gengblogger.com masih belum boleh access pasal bila cuba log in ke blog tu akan keluar ‘reported attack page’ message. Tak tahu adakah ini juga berlaku kat korang pasal aku guna Firefox.

Jika ada sesiapa ada maklumat pasal blog gengblogger bolehlah share kat sini.

Popularity: 2% [?]

Share

Juadah Istimewa Di Aidilfitri : Apa Pilihan Anda?

Saturday, September 18th, 2010

Sudah lapan hari Aidilfitri dirai, begitu pantas masa berlalu. Tapi dikalangan rakyat Malaysia, Aidilfitri disambut selama sebulan. Masih ada masa untuk kunjung-mengunjung. Kalau sebut pasal kunjung-mengunjung, subjek yang paling sinonim adalah rumah terbuka. Rumah terbuka tentunya lebih meriah kerana ramai kenalan dan sahabat handai akan datang, maklumlah Aidilfitri hanya setahun sekali dan semestinya ia dapat mengeratkan lagi silaturahim antara kita.

Tapi disini saya ingin menyenaraikan antara makanan kegemaran atau mesti ada di sesebuah rumah terbuka sepanjang Aidilfitri, antaranya adalah :-

  • Ketupat & Rendang : Juadah ini memang wajib ada, kalau tidak hilang seri Aidilfitri. Ketupat secara tradisionalnya dibuat dengan menggunakan pucuk daun kelapa yang telah dianyam dan dimasukkan beras di dalamnya. Tetapi sekarang ia boleh didapati di dalam pek-pek yang yang telah siap hanya perlu direbus sahaja yang dipanggil ‘ketupat segera’. Ia selalunya dimakan bersama-sama dengan rendang ayam atau daging atau dengan serunding. Ketupat palas yang mengunakan pulut lebih popular kepada mereka yang tinggal di utara Malaysia.
  • Lemang : Hidangan ini agak unik dari segi penyediaannya kerana ia dimasak di dalam buluh. Pulut dan santan kelapa akan dimasukkan bersama ke dalam buluh dan ia akan dibakar sehingga masak. Selalunya, ia dihidangkan bersama dengan rendang daging atau ayam.
  • Lontong : Lontong juga adalah salah satu juadah yang biasa dihidangkan di Aidilfitri. Makanan ini memang selalu dimakan kerana ia dijadikan menu utama untuk sarapan pagi untuk rakyat Malaysia.
  • Soto : Ia adalah sejenis makanan yang berkuah umpama sup yang akan dimakan bersama dengan nasi impit atau mee. Cebisan ayam, tauge, daun sup dan begedil adalah campuran utama di dalam masakan ini.
  • Nasi beriani : Hidangan ini juga sering dihidangkan sempena Aidilfitri. Ia memang popular dikalangan rakyat Malaysia kerana keenakkan nasinya yang dimakan bersama kurma daging atau ayam masak merah serta acar nenas dan timun.

Ada pelbagai jenis makanan yang dihidangkan oleh kaum muslimin yang menyambut Aidilfitri. Apa yang saya sebutkan di atas adalah sebahagian dari menu utama sempena musim raya ini. Semestinya kemeriahan hari raya dapat dirasai oleh kita semua. Semoga kita dapat bertemu lagi di Aidilfitri pada tahun yang akan datang.

Popularity: 14% [?]

Share

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010

Wednesday, September 8th, 2010

Hari raya bakal tiba 2 hari lagi, tentu ramai antara kita yang sudah pulang ke kampung dan ada juga yang masih bekerja. Saya akan mula bergerak pulang pada malam raya ( malam jumaat) sebab isteri saya masih bertugas pada hari esok. Saya akan pulang ke rumah bapa mertua saya di Merlimau, Melaka sehingga hari raya yang ke-4 dan akan pulang ke kampung saya di Pontian sehingga raya ke-7. Blog ini akan sunyi seketika sehingga saya kembali semula pada hujung minggu depan.

Cuti raya pada tahun ini agak lama sebab bertembung dengan cuti sekolah yang panjang. Ini adalah kali pertama saya menulis di blog saya untuk hari raya aidilfitri pada tahun ini. Kepada saudara-saudara dan rakan-rakan blogger yang sudi singgah ke blog saya yang tidak seberapa ini, di ucapkan terima kasih dan di kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin jika ada kesilapan sepanjang saya menulis di ruang blog saya ini.

Peringatan kepada rakan-rakan blogger kalau memandu atau menunggang kenderaan semasa pulang ke kampung halaman tu memandulah dengan hati-hati, kadang-kadang walaupun kita dah mengambil sikap berhati-hati tetapi kemalangan tetap berlaku, kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukan. Pokok pangkalnya janganlah memandu ikut emosi sendiri, lebih  utamakan keselamatan keluarga kita. Selamat berlebaran

Popularity: 4% [?]

Share

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Sunday, August 29th, 2010

Genap pada 31 Ogos 2010 ini kita akan menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Yang Ke-53 iaitu melepasi setengah abad kita merdeka. Sebelum itu mari kita halusi lagi erti kemerdekaan. Erti kemerdekaan dapat dilihat dari pelbagai sudut antaranya adalah :-

Dari pada pandangan Islam ;

Bila mana seseorang manusia atau bangsa memerdekakan diri dari semua bentuk penjajahan peraturan yang dibuat oleh manusia dan mengabdikan diri kepada Allah. Dapat membebaskan diri dari kezaliman dan kejahilan kepada keadilan dan keilmuan samada dari luaran atau dalaman.

Dari pandangan para nasionalis ;

Apabila sesebuah negara atau bangsa itu terlepas dari dijajah oleh bangsa lain. Sesebuah negara itu bebas untuk mengatur cara pentadbirannya sendiri baik dari segi ekonomi, sosial, politik, pendidikan dan sebagainya.

Dari pandangan individu ;

Membebaskan diri dari dibelenggu oleh anasir-anasir yang boleh merosakkan pemikiran dan kehidupan. Dapat menghindarkan diri dari permasalahan sosial, yang mana masyarakat sekarang lebih cenderung kepada keseronokan dan hiburan semata-mata.

Ada yang menyatakan kebebasan daripada kemiskinan, kemunduran atau penjajahan tanah air bukanlah kemerdekaan hakiki kerana ia bersifat sementara. Faktor yang menentukan kemerdekaan hakiki ialah ada pada hati dan persepsi diri.

Memetik kepada apa yang dikata oleh Syed Qutb ;

Bahawa kemerdekaan hakiki adalah apabila seseorang muslim itu sujud kepada Allah SWT yang merupakan lambang ketinggian dan kemuliaan peribadi.

Berbalik semula kepada cerita kemerdekaan negara yang bakal tiba beberapa hari lagi, semangat dan suasana kemerdekaan seolah-olah tiada dikalangan kita dan ia semakin luntur serta tiada jiwa untuk menyambut hari kemerdekaan pada tahun ini.  Jika dilihat di kawasan aku, agak kurang boleh dilihat kibaran bendera Malaysia di rumah atau di premis tertentu.  Mungkin disebabkan mod puasa dan mod hari raya yang bakal tiba, sehingga membuatkan kita lupa akan hari kemerdekaan.  Justeru itu marilah kita memeriahkan suasana kemerdekaan, sekurang-kurangnya kibarkanlah bendera di rumah kita.

Popularity: 5% [?]

Share