Archive for the ‘Umum’ Category

Benarkah Wujud Gangguan Jin & Sihir?

Monday, November 22nd, 2010

Tahukah anda bahawa kewujudan jin adalah lebih dahulu dari wujudnya Nabi Adam. Sebagaimana yang diterangkan di dalam al-quran bahawa iblis dan syaitan adalah tergolong dari keturunan jin. Gangguan yang datang dari jin ke atas manusia adalah satu perkara yang benar-benar berlaku.

Menurut hadis sahih yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim, Rasullullah s.a.w telah bersabda

Sesungguhnya iblis dan syaitan itu berlari di dalam tubuh anak Adam melalui pembuluh darah

Selalunya makhluk yang bernama jin ini akan berada di dalam otak dan di tulang belakang berdekatan dengan urat saraf manusia. Oleh sebab itulah ia dapat mempengaruhi pemikiran dan emosi manusia. Bila fikiran dan emosi terganggu akan menyebabkan seseorang itu mendapat tekanan jiwa.

Terdapat lima jenis gangguan yang berpunca dari jin iaitu :-

  1. Gangguan akibat dari perbuatan sihir. Ia selalunya dihantar melalui medium perantaraan iaitu bomoh, pawang atau ahli sihir. Perantara ini akan mengarahkan jin untuk membawa benda-benda sihir atau racun santau ke dalam badan si mangsa.
  2. Gangguan jin akibat lemah iman atau lemah semangat. Golongan ini mudah didampingi oleh makhluk-makhluk halus kerana ingkar kepada perintah Allah dan banyak melakukan dosa dan maksiat seperti meninggalkan solat, berzina atau minum arak.
  3. Gangguan jin akibat amalan pemujaan. Ini ada bersangkut paut dengan amalan bagi memperolehi ilmu yang melibatkan makhluk jin seperti menuntut ilmu kebal, pemakaian susuk dan sebagainya. Oleh sebab itu golongan ini mudah untuk didampingi oleh makhluk ini.
  4. Gangguan jin kepada pesakit terencat akal sejak dilahirkan. Kanak-kanak yang menghidapi penyakit terencat akal selalunya mudah untuk diganggu oleh makhluk halus. Ini kerana sistem pertahanan dalaman yang lemah yang disebabkan tiada kesempurnaan akal pemikiran mereka. Kebanyakkan yang termasuk di dalam kategori ini akan mendapat gangguan jin di tubuh badan mereka terutama di bahagian otak dan urat saraf.
  5. Gangguan saka. Ia selalunya datang daripada jin belaan oleh keluarga mangsa. Saka ini telah dipelihara oleh nenek moyang sejak zaman dahulu dan akan turun kepada pewaris terdekat. Situasi gangguan ini wujud bila saka yang ditinggalkan tidak sempat membebaskan jin peliharaannya sebelum dia meninggal dunia.

Popularity: 9% [?]

Share/Save/Bookmark

JB Sentral Sebagai Hub Pengangkutan Baru

Friday, November 5th, 2010


JB Sentral telah menjadi satu mercu tanda di bandaraya Johor Bahru yang telah dirasmikan oleh Sultan Ibrahim Ibni Al Marhum Sultan Iskandar pada 4hb Ogos 2010. Ia adalah sebuah projek pembangunan Gerbang Selatan Bersepadu yang dilengkapi dengan kemudahan terkini. Dengan kemudahan yang disediakan dan berfungsi sebagai hub pengankutan awam dan keretapi akan dapat membantu meningkatkan pembangunan negeri Johor seiring dengan kewujudan wilayah Iskandar Malaysia.

Ia juga dapat meningkatkan kecekapan dan memberi manfaat dari segi urusan keluar masuk rakyat Malaysia dan Singapura kerana fungsinya sebagai pintu masuk utama diselatan tanahair selain dari laluan kedua di Gelang Patah dan Tuas di Singapura. Selain dari itu, ia juga menempatkan ruang perniagaan komersial yang dapat meningkatkan tahap ekonomi dan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat setempat. Terdapat lapan buah jabatan kerajaan dan swasta di sini bagi memudahkan urusan orang ramai.

Dengan kewujudan Jb Sentral ini diharap dapat mempermudahkan serta mengurangkan aliran trafik di pusat bandaraya Johor Bahru. Dengan dilengkapi 726 tempat letak kereta, 18 lot ruang niaga dan 30 kios akan menjadikan bangunan ini sebagai hentian utama antara rakyat Malaysia Dan Singapura yang sering berulang-alik di kedua-dua buah negara ini.

Popularity: 9% [?]

Share/Save/Bookmark

Operasi Benteras Lipas – Dari Pengalaman Sendiri

Friday, October 29th, 2010

Malam kelmarin aku melakukan operasi hapuskan lipas. Dah hampir 2 tahun tak berkesempatan laksanakan tugas ni. Memang kat kabinet dapur rumah aku dah jadi umpama rumah lipas. jadi penternak lipas pulak, hehe. Sebelum tu mari kita lihat fakta mengenai spesis lipas ni.

Terdapat 4000 jenis lipas di dunia ni tapi kalau di Malaysia hanya 3 jenis lipas yang wujud iaitu lipas amerika, lipas jerman dan lipas belang coklat. Tahukah anda bahawa seekor lipas jerman boleh membiakkan 20,000 baka lipas dalam masa setahun.

Selalunya kejadian keracunan makanan berpunca dari lipas. Tabiat buruk lipas yang suka mengeluarkan semula makanan separuh hadam, sentiasa menabur najis sambil makan dan meninggalkan bakteria di merata tempat. Penyakit yang boleh dihidapi akibat dari bakteria yang dibawa oleh lipas adalah cirit-birit, hepatitis, kepialu, kusta, penyakit kulit dan bengkak kelopak mata.

Antara langkah pencegahan yang disarankan ialah :-

  1. Halang kemasukkan lipas ke dalam rumah kita dengan menutup ruang yang mejadi laluan lipas.
  2. Jaga kebersihan dapur dan simpan makanan di dalam bekas yang tertutup.
  3. Jangan biarkan sisa makanan terdedah dan dicemari lipas. Tutup tong sampah dengan rapat.
  4. Bersihkan tompok-tompok minyak di tempat memasak, ketuhar dan gril.

Penyemburan racun serangga merupakan satu cara terbaik dan berkesan untuk mengawal lipas. Seelok-eloknya gunakan racun serangga yang dirumus khas untuk serangga merayap. Untuk mendapatkan kesan yang maksimun gunakan racun serangga yang meninggalkan residu. Permukaan yang disembur dengan racun serangga jenis ini boleh terus aktif selama sebulan atau lebih.

Popularity: 13% [?]

Share/Save/Bookmark

Sudah Setahun Umur BlogKu Ini

Monday, October 25th, 2010

Umur blog ini genap setahun pada 23 Okt yang lepas. Begitu pantas masa berlalu. Dari apa yang aku dapat dari berblogging ni sedikit sebanyak dapatlah ilmu yang dapat mahirkan diri dengan wordpress. Kalau dilihat pada jumlah post yang telah dibuat setakat ni, adalah sekadar 74 post untuk tempoh 365 hari. Purata 6 post sahaja yang aku buat untuk tempoh sebulan.

Harapan pada tahun kedua berblogging agar dapat selalu buat posting. Menurut rakan blogger yang pada tahap otai menyatakan untuk dapat PR yang tinggi kena selalu buat blog posting. Yang kedua barulah buat backlink pada blog yang punya PR yang lebih tinggi. Secara tak langsung ‘juice’ nya dapat dirasai bila pakcik google buat updated. Tapi dah lama pakcik google tak buat update, hampir 6 bulan. Ada yang menyatakan mungkin next PR updated pada bulan disember ni. Tak tahulah betul atau tidak, kita tunggu ajelah.

Popularity: 3% [?]

Share/Save/Bookmark

Apa Dah Jadi Dengan Gengblogger.com

Monday, October 18th, 2010

Lama betul tak update blog ni, sunyi sepi umpama tiada tuan punya. Banyak sawang labah-labah kat sana sini :) . Hari ni cuma nak sembang-sembang pasal perkembangan terkini blog komuniti gengblogger.com. Pada pandangan aku blog komuniti ni memang bagus sebab kita boleh ping setiap kali kita buat blog post baru. Secara langsung ia dapat tarik trafic datang ke blog kita selain dapat kenalan dari rakan blogger yang lain.

Tetapi sejak kena attack dengan malware sebelum puasa dan sehingga kini aku rasa blog tu www.gengblogger.com masih belum boleh access pasal bila cuba log in ke blog tu akan keluar ‘reported attack page’ message. Tak tahu adakah ini juga berlaku kat korang pasal aku guna Firefox.

Jika ada sesiapa ada maklumat pasal blog gengblogger bolehlah share kat sini.

Popularity: 3% [?]

Share/Save/Bookmark