Beberapa hari yang lepas, sempat berkunjung ke kedai buku yang popular di Plaza Angsana. Tujuan utama ke sana adalah untuk membeli buku UPSR bagi anak ke-2 yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini. Sesudah menjumpai buku yang hendak dikehendaki, cuba lihat-lihat buku yang lain. Terjumpa sebuah buku yang pernah terdengar tajuk bukunya iaitu “Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman”.
Buku itu adalah hasil tulisan Prof Muhd Kamil Ibrahim iaitu Pengarah Uitm Johor. Beliau pernah bertandang ke masjid di kawasan perumahan saya untuk membuat tazkirah “bicara ilmu”. Berpeluang membeli buku berkenaan dan alhamdullillah habis baca buku tersebut pada hari ini.
Buku tersebut berupaya menyentuh hati pembaca terutama kepada sesiapa yang jahil dan kosong pasal bab agama. Mengapa saya berkata begitu?, kerana penulis telah melalui proses tersebut dan menceritakan apa yang beliau lalui sebelum, semasa dan selepas mengerjakan haji.
Popularity: 13% [?]







