Archive for the ‘Umum’ Category

Innovasi Baru Di Dalam Televisyen Internet

Thursday, July 22nd, 2010

Era kewujudan TV di Malaysia akan berubah dengan hadirnya pesaing baru di dalam dunia televisyen. Dengan kemunculan HyppTV yang menggunakan talian internet yang diperkenalkan pada awal tahun ini telah memberi dimensi baru dalam dunia penyiaran TV di Malaysia.

Dari segi teknikalnya, ia dikatakan tidak akan mengalami gangguan siaran langsung di dalam apa jua keadaan cuaca yang buruk atau hujan (melainkan berlakunya hari kiamat)…hehe. Ini jika dibandingkan dengan saluran TV berbayar yang lain yang mana akan tiada siaran langsung bila berlaku hari hujan.

Tahukah anda televisyen HyppTV ini telah diperkenalkan oleh satu-satunya syarikat monopoli talian tetap iaitu Telekom Malaysia Berhad (TM). Ia dikhususkan kepada pelanggan talian Internet jalur lebar Unifi TM untuk menonton pelbagai saluran TV yang disediakan.

Dikatakan pada ketika ini HyppTV menyediakan 22 saluran dan ia dapat ditonton secara percuma kepada lebih 5,000 pelanggan UniFi TM yang meliputi saluran TV dalam dan luar negara. TM telah meluaskan penggunaan UniFi TM menjangkau 18 buah kawasan berbanding 4 kawasan sahaja pada ketika ia dilancarkan pada bulan Mac lalu.

Pemasangan set UniFi TM yang berjumlah lebih kurang RM1,300 dipasang secara percuma sehingga hujung tahun ini. Manakala kesemua 22 saluran yang disediakan oleh HyppTV termasuk saluran VoD akan diberi secara percuma kepada pelanggan sehingga bulan September ini dan selepas itu, bayaran tertentu akan dikenakan kepada pelanggan yang ingin menikmati saluran premium (kecuali pakej VIP20) atau melanggan filem atau drama yang diinginkan melalui VoD.

Popularity: 15% [?]

Share/Save/Bookmark

Hati-Hati Bila Buat Transaksi Guna Maybank Debit Kad Visa

Monday, July 19th, 2010

Ini adalah pengalaman yang aku alami pada pagi semalam. Agak terkejut juga dibuatnya. Mungkin ada yang pernah mengalami atau belum pernah mengalami situasi begini. Okey, sedikit lebih kurang begini ceritanya ;

Pada pagi semalam (Ahad) semasa mahu mengisi petrol di sebuah pam minyak Petronas yang selalunya aku bayar dulu kat cashier baru isi minyak, tapi entah bagaimana pada pagi ni, tangan ni gatal pulak nak swept debit card visa maybank kat terminal pam minyak. Okey ‘transaction successful’…aku isi RM30.00 sahaja, selesai isi minyak aje, slip dari panel tu tak keluar. Aku musykil.

Aku masuk dalam stesen minyak tersebut untuk ‘withdraw’ cash kat ATM machine. Aku check balance, aduh balance aku susut RM150.00, apa dah jadi..siapa pulak yang songlap duit aku. Aku pergi jumpa cashier mintak di print slip aku isi minyak tadi, memang sah slip tu tunjukkan aku isi pada jumlah yang betul iaitu RM30.00 sahaja.

Balik rumah aku cuba print recent transaction kat maybank2u, amat terkejut maybank dah debit duit aku sebanyak RM 150.00. Aduhhh!, memandangkan hari ini cuti hujung minggu, aku cadang esok aje pagi-pagi aku pegi Maybank. Hari ni bila bank buka aje, aku terus jumpa officer bank tersebut dah tunjukkan slip dan recent transaction yang telah aku print semalam. Tanpa cakap banyak officer itu seolah-olah faham masalah aku.

Dia kata “encik, pihak yang menguruskan visa debit card telah mengambil RM 150.00 “in-advance” dari akaun encik bagi transaksi yang encik buat dan ia akan pulangkan atau ‘kredit’kan balik lebihan itu dalam masa 2 atau 3 hari. Wah senang-senang aje nak ambil duit orang.

Persoalannya di sini apakah rasional pihak bank boleh ambil sejumlah duit yang agak besar  “in-advance” sedangkan sebelum ini tak pernah berlaku. Kita sebagai pengguna tidak diberitahu situasi begini akan berlaku. Kalau aku tahu, sumpah aku tak akan swept debit kad visa aku bila nak isi minyak atau sebagainya. Adakah pihak bank sesuka hati buat prosedur sebegini yang memang terang-terang menyusahkan para pengguna.

Popularity: 41% [?]

Share/Save/Bookmark

Bagaimana Mesin Fotokopi Xerox Tercipta.

Sunday, June 27th, 2010

Tahukah anda bagaimana tercetusnya ciptaan mesin fotokopi?.Sebenarnya idea ini wujud sejak tahun 1937 lagi iaitu bila seorang pelajar Amerika yang mengambil jurusan undang-undang (bukan kejuruteraan atau teknikal) yang bernama Chester Carlson. Beliau telah menemui satu proses penyalinan berdasarkan kepada tenaga elektrostatik. Pada tahun 1950 ia telah dikomersialkan oleh Xerox Corporation.

Perkataan “Xerografi” berasal dari bahasa Greek yang bermaksud tulisan kering. Idea ini tercetus bila beliau merasa kecewa dengan mesin stensil yang lambat dan kos fotografi yang mahal. Pada awalnya beliau mengalami kesulitan untuk mencari pelabur bagi merekacipta ideanya itu. Beliau mengambil masa selama 8 tahun untuk mencari syarikat yang berani melabur bagi membangunkan ciptaannya itu iaitu Xerox Corporation.

Ciptaanya itu telah dipatenkan pada April 1939 dan beliau merupakan jurutera penyelidikan dan peguam hak paten bagi mesin fotokopi tersebut. Manakala “Xerox” adalah cap dagang dimiliki oleh Xerox Corporation.

Popularity: 26% [?]

Share/Save/Bookmark

Jalan-Jalan Di Bazar JB

Tuesday, June 15th, 2010

Pada malam Ahad yang lepas, aku sempat ronda-ronda di Bazar JB.  Sebenarnya bazar ni dah lama juga establish hampir setahun tapi baru malam ni aku berkesempatan ronda kat situ. Setelah ronda hampir 1 jam setengah dan naik lengguh lutut ni, secara kasarnya memang banyak barang yang biasa-biasa sehingga kepada barang yang agak pelik dan antik ada dijual disitu. Ini termasuklah barang-barang bundle seperti pakaian, beg tangan , kasut, beg galas dan beg laptop, kereta sorong baby dan pelbagai barang lagi yang tak mampu nak dilistkan di sini.

Bagi pengemar barang perhiasan antik memang ada disini, pengemar collection duit lama zaman Jepun dan sebagainya memang ada dijual kat sini. Harganya agak berpatutan. Bagi sesiapa yang datang bawa angkatan (anak-anak) pasti mereka terpaku dengan pelbagai barang mainan kerana semuanya ada disitu (one stop centre). Bazar ni dibuka 6ptg-12mlm pada hari Isnin-Jumaat dan 7.30mlm-12mlm pada hari Sabtu & Ahad, jalan terus tak de cuti. Bagi sesiapa yang duduk luar JB, lokasi bazar ni adalah di area Bangunan MARA Segget. Parking agak sukar sikit pasal terletak di tengah-tengah bandaraya JB. Aku pun kena menapak(jalan kaki) sikit, pasal parking kat area Bank Negara.

Popularity: 35% [?]

Share/Save/Bookmark

World Cup 2010 Kembali Lagi Daa!

Thursday, June 10th, 2010

World Cup 2010 kembali lagi daa. Pejam celik kejap aje 4 tahun berlalu. Maklumlah game ni berlangsung 4 tahun sekali. Games ni akan mengambil masa sebulan lamanya dan kesemuanya ada 64 games. Kesemuanya ada 32 team yang akan bertanding.  Berikut adalah jadual perlawanan tersebut :-

2010 FIFA World Cup Groupings

Group A Group B Group C Group D
1 South Africa 1 Argentina 1 England 1 Germany
2 Mexico 2 Nigeria 2 USA 2 Australia
3 Uruguay 3 Korea Republic 3 Algeria 3 Serbia
4 France 4 Greece 4 Slovenia 4 Ghana
Group E Group F Group G Group H
1 Netherlands 1 Italy 1 Brazil 1 Spain
2 Denmark 2 Paraguay 2 Korea DPR 2 Switzerland
3 Japan 3 New Zealand 3 Cote d’Ivoire 3 Honduras
4 Cameroon 4 Slovakia 4 Portugal 4 Chile

2010 WORLD CUP TV SCHEDULE – ESPN, ESPN2, ABC AND ESPN3.COM

All times EASTERN - Schedule is subject to change

All matches in high definition – ABC broadcasts in italics

Date Time (ET) Network Match Group Site Match #
Fri 6/11 9:30 a.m. ESPN/ESPN3.com South Africa vs. Mexico A Johannesburg 1
2 p.m. ESPN/ESPN3.com Uruguay vs. France A Cape Town 2
Sat 6/12 7 a.m. ESPN/ESPN3.com Korea Republic vs. Greece B Port Elizabeth 3
9:30 a.m. ESPN/ESPN3.com Argentina vs. Nigeria B Johannesburg 4
1:30 p.m. ABC England vs. USA C Rustenburg 5
Sun 6/13 7 a.m. ESPN/ESPN3.com Algeria vs. Slovenia C Polokwane 6
9:30 a.m. ESPN/ESPN3.com Serbia vs. Ghana D Pretoria 7
2 p.m. ABC Germany vs. Australia D Durban 8
Mon 6/14 7 a.m. ESPN/ESPN3.com Netherlands vs. Denmark E Johannesburg 9
9:30 a.m. ESPN/ESPN3.com Japan vs. Cameroon E Bloemfontein 10
2 p.m. ESPN/ESPN3.com Italy vs. Paraguay F Cape Town 11
Tue 6/15 7 a.m. ESPN/ESPN3.com New Zealand vs. Slovakia F Rustenburg 12
9:30 a.m. ESPN/ESPN3.com Ivory Coast vs. Portugal G Port Elizabeth 13
2 p.m. ESPN/ESPN3.com Brazil vs. Korea DPR G Johannesburg 14
Wed 6/16 7 a.m. ESPN/ESPN3.com Honduras vs. Chile H Nelspruit 15
9:30 a.m. ESPN/ESPN3.com Spain vs. Switzerland H Durban 16
2 p.m. ESPN/ESPN3.com South Africa vs. Uruguay A Pretoria 17
Thu 6/17 7 a.m. ESPN/ESPN3.com Argentina vs. Korea Rep. B Johannesburg 18
9:30 a.m. ESPN/ESPN3.com Greece vs. Nigeria B Bloemfontein 19
2 p.m. ESPN2/ESPN3.com France vs. Mexico A Polokwane 20
Fri 6/18 7 a.m. ESPN/ESPN3.com Germany vs. Serbia D Port Elizabeth 21
9:30 a.m. ESPN/ESPN3.com Slovenia vs. USA C Johannesburg 22
2 p.m. ESPN2/ESPN3.com England vs. Algeria C Cape Town 23
Sat 6/19 7 a.m. ESPN/ESPN3.com Netherlands vs. Japan E Durban 24
9:30 a.m. ESPN/ESPN3.com Ghana vs. Australia D Rustenburg 25
2 p.m. ABC Cameroon vs. Denmark E Pretoria 26
Sun 6/20 7 a.m. ESPN/ESPN3.com Slovakia vs. Paraguay F Bloemfontein 27
9:30 a.m. ESPN/ESPN3.com Italy vs. New Zealand F Nelspruit 28
2 p.m. ABC Brazil vs. Ivory Coast G Johannesburg 29
Mon 6/21 7 a.m. ESPN/ESPN3.com Portugal vs. Korea DPR G Cape Town 30
9:30 a.m. ESPN/ESPN3.com Chile vs. Switzerland H Port Elizabeth 31
2 p.m. ESPN/ESPN3.com Spain vs. Honduras H Johannesburg 32
Tue 6/22 9:30 a.m. ESPN/ESPN3.com Mexico vs. Uruguay A Rustenburg 33
9:30 a.m. ESPN2/ESPN3.com France vs. South Africa A Bloemfontein 34
2 p.m. ESPN2/ESPN3.com Nigeria vs. Korea Republic B Durban 35
2 p.m. ESPN/ESPN3.com Greece vs. Argentina B Polokwane 36
Wed 6/23 9:30 a.m. ESPN2/ESPN3.com Slovenia vs. England C Port Elizabeth 37
9:30 a.m. ESPN/ESPN3.com USA vs. Algeria C Pretoria 38
2 p.m. ESPN/ESPN3.com Ghana vs. Germany D Johannesburg 39
2 p.m. ESPN2/ESPN3.com Australia vs. Serbia D Nelspruit 40
Thu 6/24 9:30 a.m. ESPN/ESPN3.com Slovakia vs. Italy E Johannesburg 41
9:30 a.m. ESPN2/ESPN3.com Paraguay vs. New Zealand E Polokwane 42
2 p.m. ESPN/ESPN3.com Denmark vs. Japan F Rustenburg 43
2 p.m. ESPN2/ESPN3.com Cameroon vs. Netherlands F Cape Town 44
Fri 6/25 9:30 a.m. ESPN/ESPN3.com Portugal vs. Brazil G Durban 45
9:30 a.m. ESPN2/ESPN3.com Ivory Coast vs. Korea DPR G Nelspruit 46
2 p.m. ESPN/ESPN3.com Chile vs. Spain H Pretoria 47
2 p.m. ESPN2/ESPN3.com Switzerland vs. Honduras H Bloemfontein 48

2nd Stage – Round of 16

Date Time (ET) Network Matchup Group Site Match #
Sat 6/26 9:30 a.m. ESPN/ESPN3.com 1st A vs. 2nd B TBD Port Elizabeth 49
2 p.m. ABC 1st C vs. 2nd D TBD Rustenburg 50
Sun 6/27 9:30 a.m. ESPN/ESPN3.com 1st D vs. 2nd C TBD Bloemfontein 51
2 p.m. ABC 1st B vs. 2nd A TBD Johannesburg 52
Mon 6/28 9:30 a.m. ESPN/ESPN3.com 1st E vs. 2nd F TBD Durban 53
2 p.m. ESPN/ESPN3.com 1st G vs. 2nd H TBD Johannesburg 54
Tue 6/29 9:30 a.m. ESPN/ESPN3.com 1st F vs. 2nd E TBD Pretoria 55
2 p.m. ESPN/ESPN3.com 1st H vs. 2nd G TBD Cape Town 56

2nd Stage — Quarterfinals

Date Time (ET) Network Matchup Group Site Match #
Fri 7/2 9:30 a.m. ESPN/ESPN3.com Winners 53 vs. 54 A Port Elizabeth 57
2 p.m. ESPN/ESPN3.com Winners 49 vs. 50 B Johannesburg 58
Sat 7/3 9:30 a.m. ABC Winners 52 vs. 51 C Cape Town 59
2 p.m. ABC Winners 55 vs. 56 D Johannesburg 60

2nd Stage — Semifinals

Date Time (ET) Network Matchup Site Match #
Tue 7/6 2 p.m. ESPN/ESPN3.com Winners A vs. C Cape Town 61
Wed 7/7 2 p.m. ESPN/ESPN3.com Winners B vs. D Durban 62

Third Place Match

Sat 7/10 2 p.m. ABC Losers – 61 vs. 62 Port Elizabeth 63

2010 FIFA World Cup Title Match

Sun 7/11 1:30 p.m. ABC Winners – 61 vs. 62 Johannesburg 64

Popularity: 47% [?]

Share/Save/Bookmark

Sekitar Seminar SmartBlogging Yang Lepas

Tuesday, June 1st, 2010

Seminar dah lama berlalu baru sekarang nak updated dalam blog. Tak apelah biar lambat dari tak updated terus. Bukan apa, ini adalah sebagai kenang-kenangan bagi diri sendiri atau sesiapa yang ingin tahu cerita di sekitar seminar tersebut.

Nak review sikit pasal seminar tersebut yang berlangsung pada 25 April 2010 bertempat di UTM Skudai. Seminar ini memang cool, Pertamanya pasal cara penyampai seminar tu lebih santai, tak lah terlalu formal sangat dan menarik. Keduanya, sebab apa memang cool kerana tempat tu memang sejuk sakan, sesiapa yang tak pakai jaket, sejuknya terasa sampai ke tulang…hehe. Yang ketiganya, pasal “Nasi Ayam Penyek”nya yang dikatakan paling best setakat yang pernah aku rasa dan makan.

Banyak tip-tip serta panduan yang diberi. Pandai-pandailah kutip dan praktik semua tip-tip yang telah diberi. Tapi yang menariknya sesiapa yang menyertai seminar ini akan secara automatik menjadi “Exclusive Member Forum Dunia Blogging”. Nak tahu apa faedahnya jadi exclusive member ini…hahaaa, yang tu kena join next Seminar Smart Blogging, barulah tahu rahsianya.

Popularity: 60% [?]

Share/Save/Bookmark

Awas! Bahayanya Diabetes

Saturday, May 29th, 2010
Secara mudahnya diabetes adalah sejenis penyakit kronik yang disebabkan oleh kadar gula yang tinggi di dalam darah kita. Tahap insulin yang sedikit atau tahap antibodi yang lemah terhadap insulin boleh menyebabkan diabetes. Insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh pankreas untuk mengawal gula di dalam darah.
Secara kasarnya, diabetes dibahagikan kepada 3 jenis iaitu :-
1) Diabetes Tahap 1

Diabetes tahap ini selalunya didapati pada peringkat umur kanak-kanak. Ini adalah mungkin disebabkan oleh faktor genetik, jangkitan virus dan masalah imune. Hanya sedikit insulin yang dikeluarkan atau tiada langsung. Pada tahap ini suntikan diperlukan setiap hari.

2) Diabetes Tahap 2

Tahap ini selalunya dihidapi oleh orang dewasa dan pada tahap inilah banyak kes diabetes timbul. Orang yang menhidapi diabetes tahap ini adalah dari kalangan obesiti dan kurang membuat senaman.

3) Gestational Diabetes

Diabetes tahap ini biasanya dihidapi oleh wanita yang sedang hamil yang disebabkan oleh kandungan glukosa darah tinggi. Bahayanya diabetes tahap ini yang boleh menyebabkan risiko yang tinggi untuk menghidapi diabetes tahap 2 dan kardiovaskular.

Penyakit kronik ini sangat berbahaya tetapi ia boleh dikawal dengan menjalani gaya hidup yang sihat serta mengawal diet kita.

Popularity: 64% [?]

Share/Save/Bookmark

Cerita Pasal Bunga Raya Pulak…

Saturday, April 17th, 2010


Spesis bunga raya ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun. Dalam istilah saintifik ia dikenali sebagai ”Hibiscus” yang sering ditanam sebagai pokok hiasan di halaman-halaman rumah rakyat malaysia.

Pada akhir tahun 1958, kerajaan telah mengarahkan Kementerian Pertanian untuk mencari bunga yang sesuai untuk dijadikan sebagai bunga kebangsaan.  Antaranya adalah bunga-banga yang dicadangkan adalah Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Pada 28n Julai 1960, setelah mendapat persetujuan daripada kerajaan, bunga raya telah dipilih sebagai bunga kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu.

Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau. Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda.

Yang peliknya tapi benar, bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India. Di Kuala Lumpur, satu taman yang terkenal, iaitu “Taman Bunga Raya  K.L.” telah di khaskan untuk menanam dan sebagai pusat pameran berjenis-jenis bunga raya serta lain bunga sekeluarga dengannya.

Popularity: 38% [?]

Share/Save/Bookmark

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010

Thursday, December 31st, 2009

happy new year 2010

Pejam celik pejam celik, dah sampai di penghujung tahun 2010. Rasa macam sekejap sahaja masa berlalu. Masa tidak menunggu kita malah kita perlu mengejar masa. Masa itu emas, masa itu berharga.

Ada diantara kita yang telah dapat mencapai azam yang dibuat pada tahun 2009, tidak dinafikan juga, ada yang masih belum sepenuhnya dapat mencapai azam yang dibuat. Tapi setidak-tidaknya ada sebahagian azam dapat dicapai dari tiada satu pun yang terlaksana. Kalau ditanya pada saya tentang tahap pencapaian azam saya ni memang masih ada perkara yang belum tercapai tapi azam untuk membina blog sendiri memang dah tercapai, pada tahun 2010 nanti berazam pula untuk selalu update blog ni dan cuba dapatkan side income dari berblog.

Musim persekolahan akan bermula lagi beberapa hari, saya mengucapkan selamat memulakan sesi persekolahan pada pelajar-pelajar dan cikgu-cikgu yang akan mula bertugas pada tahun hadapan. Selamat Menyambut Tahun Baru saya ucapkan kepada saudara-saudari dan rakan-rakan yang singgah diblog saya. Semoga di tahun hadapan kita dapat memacu kejayaan yang lebih unggul lagi.

Popularity: 41% [?]

Share/Save/Bookmark

Bulan Yang Sibuk

Sunday, December 13th, 2009

 

Banyak maknanya dan banyak aktiviti yang perlu dilakukan sempena bulan Disember ni. Musim cuti sekolah datang lagi, bawa anak jalan bercuti, dan tak lama lagi sekolah dah nak buka semula, jadi banyak la wang perlu di gunakan, maklumlah anak ramai masih bersekolah.

Semangat untuk berblogging masih panas membara tapi kena fikir pula untuk cari sikit wang untuk beli baju sekolah, buku sekolah, yuran dan sebagainya. Kena cari wang segera, bulan disember ni banyak kerja freelance yang kena aku buat sorang, maklumlah kerja sendiri.

Bila dah sentuh kerja freelance nih, dah tak sempat nak update blog dan layan blog-blog yang biasa aku lawati, memang sibuk! Apa-apa pun aku kena fokus dulu untuk siapkan kerja freelance aku, kalau tak, macamana nak beli dan bayar kos persekolahan anak-anak.

Azam tahun baru ni memang untuk  mula jana income dari blogging ni, insyallah ianya dapat aku capai, cuma masa yang menentukan. Tentu rakan-rakan diluar sana sibuk atau sedang cari peluang untuk tambah income dari blogging ni. Pada saya berblogging ni memang boleh buat duit seperti yang dinyatakan oleh saudara Rohaizat seorang pro blogger.

Harap dipenghujung bulan ini aku dapat settle semua kerja-kerja tertunggak dan seterusnya dapat fokus berblogging pula.

Popularity: 56% [?]

Share/Save/Bookmark