Archive for the ‘Tip dan Panduan’ Category

Khasiat Yang Boleh Didapati Dari Bunga Cengkih

Friday, July 30th, 2010

Pokok cengkih sesuai ditanam di negara yang beriklim khatulistiwa. Untuk hidup, pokok ini perlu pada tahap kelembapan sebanyak 150 hingga 250mm dan suhu 15 hingga 38 darjah celcius. Keadaan tanah yang gembur yang mengandungi humus dan tanah laterit amat sesuai bagi tanaman ini. Ia ditanam melalui biji benih, anak-anak pokok akan ditanam 1 1/2 hingga 2 tahun di ladang dan hasil tanaman boleh dipungut apabila pokok mencecah umur 7-8 tahun. Ia akan mengeluarkan hasil antara 60 tahun sehingga 130 tahun. Dianggarkan setiap tahun satu pokok boleh mengeluarkan hasil 2.7 kg.

Antara khasiat bunga cengkih ini adalah :-

  1. Menghindari Masalah Gagap. Untuk mengatasi masalah ini, kita perlu makan 21 biji bunga cengkih setiap hari dan rebus 100g jintan manis dengan 2 cawan air selama 15 minit. Minum air rebusan tersebut setiap pagi sebelum sarapan.
  2. Memulihkan Tenaga Batin.  Digalakkan untuk makan bunga cengkih, kulit kayu manis dan bunga lawang dan jangan makan makanan berangin. Minum madu lebah sebanyak 3 sudu sehari. Lebih elok jika ia diambil bersama-sama telur ayam kampung.
  3. Mengatasi Masalah Sakit Ketika Haid.  Caranya adalah dengan merendam 7 biji bunga cengkih ke dalam segelas air panas. Minum air rendaman itu setelah ia menjadi suam. Insyaallah sakit tersebut akan beransur-ansur hilang.
  4. Dapat Menghilangkan Kesan Kulit Hitam Di Muka. Tumbuk sehingga halus kesemua campuran pucuk jambu batu, bunga cengkih dan kulit kayu manis  dengan dicampurkan sedikit minyak zaitun. Sapu pada kulit muka sebanyak 2 kali sehari dan jangan makan makanan berminyak.

Popularity: 54% [?]

Share/Save/Bookmark

Benda-Benda Pelik Di Dalam Makanan Dan Keperluan Harian Anda – Part 2

Tuesday, July 20th, 2010

Tahukah anda bahawa satu lagi benda pelik dan tak pernah terfikir oleh kita tentang bahan yang dimasukkan ke dalam makanan ialah L-cysteine. Ia adalah sejenis asid amino yang digunakan untuk mengkentalkan doh roti, mempercepatkan pemprosesannya dengan mesin ke dalam biskut, kerak piza, donat dan makanan bakar.

Sebenarnya ramuan tersebut wujud dari rambut manusia dan ia boleh dihasilkan secara tiruan daripada bulu pelepah burung. Pakar-pakar industri menyatakan bahawa kebanyakkan L-cysteine daripada rambut manusia datangnya daripada wanita China, yang menjual rambut mereka kepada kilang-kilang kecil yang memproses bahan kimia di serata tempat di negara tersebut.

Selain daripada itu, rokok yang dihisap setiap hari mengandungi bahan-bahan yang pelik. Beberapa jenama rokok memasukkan ramuan seperti koko, lilin lebah, minyak pain, cognac, jus buah prun, jus bit, cuka, kulit epal, mentega, sirap mapel, baja, skatole dan lain-lain.

Cuma ingin ditekankan di sini ialah apa itu skatole iaitu bahan yang pelik yang berada di dalam rokok. Tahukah anda bahawa skatole adalah salah satu komponen utama najis. Pakar yang arif mengenai perisa mengesahkan bahawa rokok mengandungi simulasi pati najis. Menurut Frank Fischetti, seorang ahli kimia perisa kanan di Wynn Starr Specialty Foods & Flavors di Allendale, NJ berkata bahawa skatole sering ditambah ke dalam wangian bunga melur dan bahan perisa.

Popularity: 100% [?]

Share/Save/Bookmark

Benda-Benda Pelik Di Dalam Makanan Dan Keperluan Harian Anda – Part 1

Saturday, July 17th, 2010

Mungkin kita tidak pernah terlintas untuk memikirkan apakah atau bagaimanakah satu-satu bahan makanan itu dihasilkan.  Apa yang penting ialah apa yang kita makan itu mengenyangkan. Satu penemuan yang mengejutkan dan agak sukar nak dipercayai tapi ianya benar-benar berlaku dimana sisa serangga yang dihancurkan ada di dalam kebanyakkan makanan atau bahan perisa serta ekstrak rambut manusia terdapat dalam makanan bakar.

Sebagai contohnya, jika anda meneliti label makanan seperti dadih strawberi tertera perkataan ‘carmine’. Apa itu ‘carmine’ dan apakah kaitan dengan makanan harian kita.

Carmine adalah sejenis pewarna yang diekstrak dari serangga. Ia digunakan untuk memberi warna merah, pink dan ungu kepada produk seperti gincu bibir dan aiskrim. Carmine wujud daripada pigmen yang dinamakan ‘cochineal’. Lebih teliti lagi, cochineal pula diekstrak daripada serangga betina kering yang memakan kaktus di Peru, Canary Islands dan beberapa lokasi lain.

Pigmen terhasil dalam badan serangga iaitu selepas ibu serangga menyimpan telur-telurnya pada pokok kaktus sebelum mati, bangkainya yang mereput bersama-sama dengan telur dan larva yang telah menetas akan dipisah daripada tumbuhan itu. Ia akan dihancurkan dan dibakar, direbus serta dikukus untuk menghasilkan cochineal.


Bagi mengelakkan makan makanan yang mengandungi ekstrak serangga, anda hendaklah menjauhi makanan yang berwarna kemerah-merahan serta makanan yang kelihatan berkilat. Dilaporkan bahawa FDA telah membenarkan sebotol mentega kacang mengandungi lebih 100 bahagian pijat serta setin tomato boleh termasuk seekor ulat atau sehingga sembilan telur lalat.

Popularity: 59% [?]

Share/Save/Bookmark

Peluang Buat Duit Di MicroWorkers

Sunday, July 11th, 2010

Di sini saya ingin berkongsi mengenai satu laman web yang menyediakan peluang kerja sambilan dengan kadar bayaran yang cukup untuk bersarapan atau makan tengahari. Mungkin ini sedikit sebanyak dapat mengisi masa terluang kita disamping dapat buat duit sampingan melalui kerja-kerja yang ditawarkan.

Peluang buat kerja yang dipanggil “micro jobs” ini disediakan oleh MicroWorkers. Pendaftaran adalah percuma dan kerja ini memerlukan sedikit masa dan berpadanan dengan kadar upah yang dibayar. Tugas-tugas mudah seperti membuat akaun di laman web tertentu, posting iklan di craigslist dan sebagainya.

Anda dibenarkan untuk membuka satu akaun sahaja bagi setiap pengguna dan pada sesiapa yang membuat beberapa akaun akan di ‘banned’. Yang menariknya ialah anda akan diberikan usd1 bonus apabila mendaftar dengan membuka akaun anda. Setiap pekerjaan yang telah selesai akan dipastikan betul oleh majikan “employers”. Cara bayaran adalah melalui Paypal,Cek, Moneybookers dan sebagainya. Proses bayaran mengambil masa 30 hari bekerja.

Popularity: 29% [?]

Share/Save/Bookmark

Apakah Cara Tidur Anda

Saturday, July 10th, 2010

Sebagai seorang manusia, tidur itu memang perlu kerana ia dapat merihatkan diri kita setelah bekerja seharian. Kita perlu tidur kerana semasa kita tidur akan memberi ruang kepada aktiviti pembentukkan sel baru. Seseorang itu perlu tidur tidak lebih dari 8 jam sehari. Badan akan menjadi lemah jika kita tidur lebih dari 8 jam.

Tahukah anda bahawa terdapat kategori cara kita tidur. Jadi, ini sedikit sebanyak dapat membantu kita seterusnya dapat ikutan mengenai cara tidur yang betul untuk manfaat kita bersama. Berikut adalah 4 cara tidur, jadi ikutlah cara yang betul :-

  1. Tidur Para Nabi – Cara tidur para nabi adalah secara terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
  2. Tidur Para Ulama & Ahli Ibadah – Mereka tidur secara miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk melakukan ibadah pada sebelah malam dan waktu dinihari.
  3. Tidur Para Raja Yang Haloba – Cara tidur miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
  4. Tidur Cara Syaitan – Tidur secara menelungkup atau tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Semoga ini dapat memberi panduan kepada kita mengenai cara tidur yang perlu dilakukan.

Popularity: 50% [?]

Share/Save/Bookmark