Archive for the ‘Tip dan Panduan’ Category

Khasiat Yang Boleh Didapati Dari Bunga Cengkih

Friday, July 30th, 2010

Pokok cengkih sesuai ditanam di negara yang beriklim khatulistiwa. Untuk hidup, pokok ini perlu pada tahap kelembapan sebanyak 150 hingga 250mm dan suhu 15 hingga 38 darjah celcius. Keadaan tanah yang gembur yang mengandungi humus dan tanah laterit amat sesuai bagi tanaman ini. Ia ditanam melalui biji benih, anak-anak pokok akan ditanam 1 1/2 hingga 2 tahun di ladang dan hasil tanaman boleh dipungut apabila pokok mencecah umur 7-8 tahun. Ia akan mengeluarkan hasil antara 60 tahun sehingga 130 tahun. Dianggarkan setiap tahun satu pokok boleh mengeluarkan hasil 2.7 kg.

Antara khasiat bunga cengkih ini adalah :-

  1. Menghindari Masalah Gagap. Untuk mengatasi masalah ini, kita perlu makan 21 biji bunga cengkih setiap hari dan rebus 100g jintan manis dengan 2 cawan air selama 15 minit. Minum air rebusan tersebut setiap pagi sebelum sarapan.
  2. Memulihkan Tenaga Batin.  Digalakkan untuk makan bunga cengkih, kulit kayu manis dan bunga lawang dan jangan makan makanan berangin. Minum madu lebah sebanyak 3 sudu sehari. Lebih elok jika ia diambil bersama-sama telur ayam kampung.
  3. Mengatasi Masalah Sakit Ketika Haid.  Caranya adalah dengan merendam 7 biji bunga cengkih ke dalam segelas air panas. Minum air rendaman itu setelah ia menjadi suam. Insyaallah sakit tersebut akan beransur-ansur hilang.
  4. Dapat Menghilangkan Kesan Kulit Hitam Di Muka. Tumbuk sehingga halus kesemua campuran pucuk jambu batu, bunga cengkih dan kulit kayu manis  dengan dicampurkan sedikit minyak zaitun. Sapu pada kulit muka sebanyak 2 kali sehari dan jangan makan makanan berminyak.

Popularity: 9% [?]

Share/Save/Bookmark

Benda-Benda Pelik Di Dalam Makanan Dan Keperluan Harian Anda – Part 2

Tuesday, July 20th, 2010

Tahukah anda bahawa satu lagi benda pelik dan tak pernah terfikir oleh kita tentang bahan yang dimasukkan ke dalam makanan ialah L-cysteine. Ia adalah sejenis asid amino yang digunakan untuk mengkentalkan doh roti, mempercepatkan pemprosesannya dengan mesin ke dalam biskut, kerak piza, donat dan makanan bakar.

Sebenarnya ramuan tersebut wujud dari rambut manusia dan ia boleh dihasilkan secara tiruan daripada bulu pelepah burung. Pakar-pakar industri menyatakan bahawa kebanyakkan L-cysteine daripada rambut manusia datangnya daripada wanita China, yang menjual rambut mereka kepada kilang-kilang kecil yang memproses bahan kimia di serata tempat di negara tersebut.

Selain daripada itu, rokok yang dihisap setiap hari mengandungi bahan-bahan yang pelik. Beberapa jenama rokok memasukkan ramuan seperti koko, lilin lebah, minyak pain, cognac, jus buah prun, jus bit, cuka, kulit epal, mentega, sirap mapel, baja, skatole dan lain-lain.

Cuma ingin ditekankan di sini ialah apa itu skatole iaitu bahan yang pelik yang berada di dalam rokok. Tahukah anda bahawa skatole adalah salah satu komponen utama najis. Pakar yang arif mengenai perisa mengesahkan bahawa rokok mengandungi simulasi pati najis. Menurut Frank Fischetti, seorang ahli kimia perisa kanan di Wynn Starr Specialty Foods & Flavors di Allendale, NJ berkata bahawa skatole sering ditambah ke dalam wangian bunga melur dan bahan perisa.

Popularity: 59% [?]

Share/Save/Bookmark

Benda-Benda Pelik Di Dalam Makanan Dan Keperluan Harian Anda – Part 1

Saturday, July 17th, 2010

Mungkin kita tidak pernah terlintas untuk memikirkan apakah atau bagaimanakah satu-satu bahan makanan itu dihasilkan.  Apa yang penting ialah apa yang kita makan itu mengenyangkan. Satu penemuan yang mengejutkan dan agak sukar nak dipercayai tapi ianya benar-benar berlaku dimana sisa serangga yang dihancurkan ada di dalam kebanyakkan makanan atau bahan perisa serta ekstrak rambut manusia terdapat dalam makanan bakar.

Sebagai contohnya, jika anda meneliti label makanan seperti dadih strawberi tertera perkataan ‘carmine’. Apa itu ‘carmine’ dan apakah kaitan dengan makanan harian kita.

Carmine adalah sejenis pewarna yang diekstrak dari serangga. Ia digunakan untuk memberi warna merah, pink dan ungu kepada produk seperti gincu bibir dan aiskrim. Carmine wujud daripada pigmen yang dinamakan ‘cochineal’. Lebih teliti lagi, cochineal pula diekstrak daripada serangga betina kering yang memakan kaktus di Peru, Canary Islands dan beberapa lokasi lain.

Pigmen terhasil dalam badan serangga iaitu selepas ibu serangga menyimpan telur-telurnya pada pokok kaktus sebelum mati, bangkainya yang mereput bersama-sama dengan telur dan larva yang telah menetas akan dipisah daripada tumbuhan itu. Ia akan dihancurkan dan dibakar, direbus serta dikukus untuk menghasilkan cochineal.


Bagi mengelakkan makan makanan yang mengandungi ekstrak serangga, anda hendaklah menjauhi makanan yang berwarna kemerah-merahan serta makanan yang kelihatan berkilat. Dilaporkan bahawa FDA telah membenarkan sebotol mentega kacang mengandungi lebih 100 bahagian pijat serta setin tomato boleh termasuk seekor ulat atau sehingga sembilan telur lalat.

Popularity: 32% [?]

Share/Save/Bookmark

Peluang Buat Duit Di MicroWorkers

Sunday, July 11th, 2010

Di sini saya ingin berkongsi mengenai satu laman web yang menyediakan peluang kerja sambilan dengan kadar bayaran yang cukup untuk bersarapan atau makan tengahari. Mungkin ini sedikit sebanyak dapat mengisi masa terluang kita disamping dapat buat duit sampingan melalui kerja-kerja yang ditawarkan.

Peluang buat kerja yang dipanggil “micro jobs” ini disediakan oleh MicroWorkers. Pendaftaran adalah percuma dan kerja ini memerlukan sedikit masa dan berpadanan dengan kadar upah yang dibayar. Tugas-tugas mudah seperti membuat akaun di laman web tertentu, posting iklan di craigslist dan sebagainya.

Anda dibenarkan untuk membuka satu akaun sahaja bagi setiap pengguna dan pada sesiapa yang membuat beberapa akaun akan di ‘banned’. Yang menariknya ialah anda akan diberikan usd1 bonus apabila mendaftar dengan membuka akaun anda. Setiap pekerjaan yang telah selesai akan dipastikan betul oleh majikan “employers”. Cara bayaran adalah melalui Paypal,Cek, Moneybookers dan sebagainya. Proses bayaran mengambil masa 30 hari bekerja.

Popularity: 30% [?]

Share/Save/Bookmark

Apakah Cara Tidur Anda

Saturday, July 10th, 2010

Sebagai seorang manusia, tidur itu memang perlu kerana ia dapat merihatkan diri kita setelah bekerja seharian. Kita perlu tidur kerana semasa kita tidur akan memberi ruang kepada aktiviti pembentukkan sel baru. Seseorang itu perlu tidur tidak lebih dari 8 jam sehari. Badan akan menjadi lemah jika kita tidur lebih dari 8 jam.

Tahukah anda bahawa terdapat kategori cara kita tidur. Jadi, ini sedikit sebanyak dapat membantu kita seterusnya dapat ikutan mengenai cara tidur yang betul untuk manfaat kita bersama. Berikut adalah 4 cara tidur, jadi ikutlah cara yang betul :-

  1. Tidur Para Nabi – Cara tidur para nabi adalah secara terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
  2. Tidur Para Ulama & Ahli Ibadah – Mereka tidur secara miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk melakukan ibadah pada sebelah malam dan waktu dinihari.
  3. Tidur Para Raja Yang Haloba – Cara tidur miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
  4. Tidur Cara Syaitan – Tidur secara menelungkup atau tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Semoga ini dapat memberi panduan kepada kita mengenai cara tidur yang perlu dilakukan.

Popularity: 53% [?]

Share/Save/Bookmark

Belanja Ikut Kemampuan

Thursday, July 8th, 2010

Hidup ini semuanya perlukan duit! Awal pagi nak pergi kerja, duit dulu perlu dikeluarkan. Apa tidaknya, kereta nak bergerak kena isi minyak lepas tu lalu lebuhraya, tol pulak kena bayar, perut juga kena isi barulah kerja dapat dilaksanakan dengan betul. Itu semua perlukan wang.

Berbalik pada topik di atas iaitu belanja ikut kemampuan. Belanja pada perkara yang asas memang perlu diutamakan. Dalam bab belanja ni, kita perlu bezakan yang mana keperluan dan yang mana pulak kehendak. Keperluan ini adalah seperti yang saya katakan tadi iaitu perkara asas dalam kehidupan seperti makan, pakai. Kalau kita tak makan macamana pulak kita nak hidup.

Kehendak ini pula adalah sesuatu yang kita inginkan tapi tak semestinya perlu di dalam kehidupan kita. Umpamanya seperti barang kemas memang kita ingin memakainya atau beri pada isteri kita tetapi kalau tak pakai emas atau barang kemas pun kita masih boleh hidup.

Jika kita fahami tentang konsep keperluan dan kehendak, nescaya ia sedikit sebanyak memberi kesan yang ketara pada tingkah laku perbelanjaan kita dan juga kepada keadaan kewangan masa depan kita. Membeli dan berbelanja secara berhemah dapat menghindari diri kita dari menghadapi masalah kewangan.

Popularity: 33% [?]

Share/Save/Bookmark

Tapai Ubi Boleh Rawat Kanser

Saturday, July 3rd, 2010

Bicara bab kesihatan pulak. Baru-baru ni ada terbaca dari satu artikel yang menyebut bahawa khasiat tapai ubi. Ada yang gemar makan ubi kayu dan ada yang tidak. Ubi kayu adalah sumber utama makanan datuk nenek kita pada zaman perang dunia dulu.

Ubi kayu juga berfungsi sebagai pemekat dalam masakan kita seharian. Ia juga adalah sumber pemakanan ringan kepada mereka yang sakit. Boleh juga dijadikan makanan bayi dan ia tidak mudah masam berbanding dengan makana farina yang lain.

Satu kajian telah dilakukan dan medapati bahawa tapai ubi mampu mengeluarkan sejenis toksin yang dipanggil “Bakterion” yang mampu menghalang aktiviti kanser seperti kanser serviks, ovari dan leukaemia. Kajian ini telah dilakukan oleh kumpulan penyelidik daripada Universiti Putra Malaysia

Popularity: 31% [?]

Share/Save/Bookmark

Beri Tip Anda Di Daytipper.com

Wednesday, June 16th, 2010

Kali ini sambil merayau-rayau internet dengan bantuan pakcik google, terjumpa dengan satu web site yang perlukan tip-tip untuk dihantar kepada daytipper.com. Tak kira apakah tip yang perlu anda berikan, lihat pada laman web tu memang banyak sub-categories yang boleh anda salurkan tip anda.

Yang menariknya, anda akan dibayar pada setiap tip yang telah di “approved”. Tapi tip-tip yang anda beri mestilah bukan yang anda copy atau duplicate dari sumber lagi. Kalau ini berlaku maka tip yang anda submit tu akan di reject oleh daytipper.com. Anda boleh rujuk untuk keterangan lanjut pada term and policy di daytipper.com

Popularity: 41% [?]

Share/Save/Bookmark

Tip Kepada Pemilik Kredit Kad

Tuesday, June 8th, 2010

Ada orang kata kredit kad tu umpama “duit plastik”, kerana kita cuma perlu swept aje kad tu untuk bayar apa yang kita beli. Ok secara ringkasnya kredit kad merupakan cara bayaran bagi kita yang hendak membeli barang atau perkhidmatan secara elektronik tanpa gunakan wang tunai.

Sebagai orang yang  pernah gunakan kad kredit, mari kita kongsikan tip atau panduan penggunaan kredit kad secara berhemah.

  • Jangan ada atau miliki kredit kad yang banyak.
  • Bayaran dibuat mengikut dateline yang ditetapkan bagi mengelakkan faedah dan caj lewat bayar.
  • Jangan gunakan kredit kad jika kita tidak mampu membuat bayaran bulanan.
  • Jangan gunakan kredit kad dengan cara mengeluarkan melalui mesin ATM bagi mendapatkan wang tunai kerana caj pengeluaran tunai adalah tinggi dan kita akan dikenakan faedah harian.
  • Sentiasa menyemak penyata bulanan kredit kad kita bagi memastikan caj dan faedah yang dikenakan adalah munasabah dan betul.
  • Elakkan membayar jumlah minima secara berterusan kerana ini akan mengakibatkan baki hutang yang mungkin tidak akan settle.
  • Digalakkan untuk membayar sepenuhnya bagi mengelakkan dikenakan faedah.

Itu adalah antara tip-tip yang perlu diamalkan oleh pemilik kredit kad. Tapi bagi saya lagi elok jika kita tidak gunakan kredit kad kerana ia akan menjadi beban bagi kita terutamanya bila jumlah yang dah dipakai meningkat tinggi disebabkan jumlah bayaran balik ikut jumlah bayaran minima sahaja.

Popularity: 43% [?]

Share/Save/Bookmark

Website Grader Tools – Analisa Website Anda

Wednesday, June 2nd, 2010

Saya terjumpa satu tools PERCUMA yang dinamakan Website Grader yang menyediakan fakta-fakta tentang website atau blog kita, setelah analisa dilakukan. Kita cuma taipkan kita punya URL di ruang yang disediakan dan klik GENERATE REPORT, itu sahaja dan beberapa ketika akan keluar paparan analisa tentang website atau blog kita.

Samada laman web atau blog kita mendapat trafik yang bagus, atau adakah blog kita popular di sosial bookmarking atau bila dan berapa kerap laman blog kita telah diindex oleh crawl robot yang dihantar oleh pakcik google, semuanya akan dinyatakan dalam analisis berkenaan. Sila klik disini untuk mencuba. Selamat Mencuba.

Popularity: 44% [?]

Share/Save/Bookmark