Archive for the ‘Tazkirah Agama’ Category

Fadilat Surah Al-Waqi’ah

Thursday, October 20th, 2011

Telah diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

Barangsiapa membaca surah al-Waqi’ah pada setiap malam, maka ia tidak akan ditimpa kemiskinan

Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke 56 di dalam Al-Quran yang terdiri dari 96 ayat yang tergolong dari surah Makkiyah (diturunkan di Makkah). Surah ini diturunkan selepas surah Taahaa dan dinamakan dengan Al-Waaqi’ah yang bermaksud Hari Kiamat.

Ayat ini menolak tanggapan kaum kafir musyrik yang merasa ragu terhadap kewujudan hari akhirat. Ini adalah sebagai bukti bahawa hari akhirat tetap akan berlaku yang mana segala isi bumi ini akan dihancurkan dan digantikan dengan alam yang baharu iaitu alam akhirat.

Pada saat itu manusia akan terbahagi kepada tiga puak iaitu :

  1. Puak Kanan iaitu mereka akan berbahagia kerana akan mendapat sebaik-baik balasan dari Allah.
  2. Puak Kiri iaitu mereka akan memperoleh derita azab seksa yang tidak terperi.
  3. Puak Terdahulu iaitu mereka yang terdahulu mengerjakan kebaikan di dunia dan mereka ini telah dijanjikan sebaik-baik balasan di akhirat kelak.

 

 

 

Popularity: 15% [?]

Share/Save/Bookmark

Rentetan Dari Nisfu Sya’ban

Wednesday, July 13th, 2011

Ini adalah ulasan dari kuliah magrib pada malam ini oleh Al Fadhil Ustaz Hanafiah dari Jabatan Agama Islam Johor.

Sedikit ilmu saya diperolehi semasa menghadiri kuliah tersebut yang topiknya berkisar kepada Israq & Mikraj dan Malam Nisfu Sya’ban. Selepas dari peristiwa Israq & Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, Nabi Muhammad s.a.w telah menerima perintah untuk mewajibkan umatnya melaksanakan solat lima waktu. Sejak dari malam 27 Rejab itu, baginda telah memaksimakan amalan baginda kepada Allah s.w.t dengan mengerjakan ibadah solat sunat dan berdoa sehingga lewat pagi untuk memohon kepada Allah mengampunkan dosa umatnya iaitu umat akhir zaman yang diketahuinya terdapat banyak permasalahan dunia.

Sehinggalah pada pada malam 14 Sya’ban, Allah s.w.t telah memerintahkan Jibrail turun ke dunia dan berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w untuk menyampaikan perintah Allah s.w.t untuk memberi baginda 2/3 kuasa iaitu memberi syafaat kepada umat baginda. Seterusnya pada malam 15 Sya’ban malaikat Jibrail sekali lagi turut ke dunia bertemu Nabi Muhammad s.a.w untuk menyampaikan perintah Allah s.w.t iaitu diberikan 1/3 lagi kuasa untuk memberi syafaat kepada umat baginda di hari perhitungan di Padang Mashyar nanti.

Jadi pada malam 14 Sya’ban juga dikenali dengan Nisfu Sya’ban dimana Allah s.w.t telah memberi kuasa penuh kepada Nabi Muhammad boleh memberi syafaat kepada umat akhir zaman. Oleh itu seeloknya kita dapat meningkatkan amalan kita kepada Allah s.w.t pada tiga hari tersebut iaitu 14,15 & 16 Sya’ban dengan berpuasa sunat. Berselawatlah kita kepada nabi kita Nabi Muhammad, mudah-mudahan kita beroleh syafaat di hari perhitungan kelak.

 

Popularity: 12% [?]

Share/Save/Bookmark

Fadhilat Surah Al-Mulk

Saturday, April 30th, 2011

Sedikit perkongsian mengenai kelebihan dan kebaikan Surah Al-Mulk.

Surah Al-Mulk adalah surah yang ke-67 daripada 114 surah yang terdapat di dalam Al-Quran Nul Karim. Al-Mulk boleh didefinasikan sebagai “Kerajaan atau Kekuasaan”. Surah ini mengandungi 30 ayat dan ia telah diturunkan di Kota Mekah.

Selain itu Surah Al-Mulk ini juga dikatakan surah keamanan dan kesejahteraan kerana ia boleh menyelamatkan para pembaca surah ini dari seksaan kubur. Ini telah terbukti pada zaman Rasulullah s.a.w dari Ibnu Abbas menceritakan :

Pernah pada suatu ketika para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al-Mulk dari mula hingga akhir surah tersebut. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Maka tahulah mereka bahawa sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal tersebut telah diceritakan kepada Rasulullah s.a.w lalu baginda bersabda yang bermaksud ; “Surah Al-Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindarkan para pembacanya dari azab neraka” – diriwayatkan oleh Iman Tirmidzi.

Maka fahami maksudnya dan bacalah surah tersebut setiap hari secara istiqamah, semoga kita terlepas dari siksaan azab kubur dan ia akan menjadi pelindung kita semasa kita berada di dalam kubur. Insyaallah

 

 

Popularity: 31% [?]

Share/Save/Bookmark

Sambungan Dari Kuliah Agama : Kiamat Besar & Kiamat Kecil

Friday, April 15th, 2011

…bila sakkaratul maut datang menghampiri anak adam, syaitan akan berusaha habis-habisan mengoda simati supaya menemui ajalnya atau tidak mati di dalam Islam. Caranya ialah dengan mendatangi si mati dengan menyerupai orang yang kita sayangi seperti ibubapa, isteri atau anak-anak kita. Dengan cara begini nescaya si mati akan menuruti apa yang diarahkan oleh syaitan seperti mengajak si mati supaya beriman kepada Yahudi atau Nasrani dan jika tiada pegangan agama yang utuh membolehkan syaitan mencapai matlamat dalam misinya untuk menyesatkan si mati.

Oleh itu adalah digalakkan supaya dibacakan Surah Yassin kepada orang yang sedang menghampiri ajalnya. Tujuan dibacakan Surah Yassin ini adalah bagi melindungi dan menyelamatkan aqidahnya daripada terpedaya dengan tipu daya dan ajakkan syaitan di saat akhir kematiannya. Jika kita hayati terjemahan Surah Yassin, ia banyak menerangkan soal aqidah. waallahua’lam

 

Popularity: 9% [?]

Share/Save/Bookmark

Kenapa Aku Perlu Menangis?

Sunday, April 10th, 2011

Ini adalah soalan yang dilontarkan oleh penceramah pada kuliah subuh pagi ini iaitu “Mengapa Kita Perlu Menangis?”. Sedikit perkongsian dapat kita sama-sama kongsi hasil dari kupasan tajuk kuliah subuh tersebut.

Ada 3 perkara yang boleh menyebabkan kita menangis bagi orang yang beriman iaitu :-

  1. Nikmat Kehidupan Sempurna Yang Telah Diberikan Oleh Allah s.w.t ; Kita tentu akan merasa insaf jika kita fikirkan dengan kehidupan yang sempurna yang telah diberikan oleh Allah kepada kita jika dibandingkan dengan penderitaan yang dihadapi oleh golongan manusia yang lain di dunia ini yang berdepan dengan isu kelaparan, bencana alam dan sebagainya.
  2. Bila Memikirkan Kehidupan Di Alam Kubur. Kehidupan dan suasana di alam kubur tidaklah sehebat kehidupan kita di dunia iaitu mungkin kita mempunyai rumah yang luas dan besar serta disinari cahaya lampu yang terang benderang, mempunyai sanak saudara atau rakan-rakan yang sering menemani kita atau harta yang mengunung. Tetapi di alam kubur; tempat tinggal kita ruangnya sempit dan suasana yang gelap gelita, tiada lampu yang menerangi kita. Kita hanya ditemani oleh cacing dan mungkin binatang berbisa dan tiada harta kemewahan yang menemani kita. Dan suasana ini kekal sehingga kita dibangkit semula pada hari kiamat. Bagaimana hidup pada malam pertama di alam kubur?, Mampukah kita menjawab soalan bocor yang akan ditanyakan oleh Malaikat Munkar & Nankir ; hanya amalan kita di dunia yang akan membantu kita menjawab soalan yang telah kita ketahui di dunia lagi. Kehidupan malam pertama di alam kubur tidaklah semanis kehidupan malam pertama di dunia iaitu selepas kita bernikah.
  3. Bila Memikirkan Nasib Kita Di Padang Mashyar Nanti. Tentu kita akan menangis bila segala amalan baik kita yang telah kita buat di dunia diberi kepada orang yang kita umpat, yang kita caci dan hina. Dan dosa-dosa  yang dibuat oleh orang yang kita umpat dan caci itu diberikan kepada kita. Sia-sia sahaja amalan baik dan pahala yang telah kita perolehi jika kita suka mengumpat, memburukkan serta mencaci seseorang kerana kita akan perolehi sebaliknya.

Wallahua’lam…

 

Popularity: 13% [?]

Share/Save/Bookmark