Belanja Raya: Keperluan Vs Ikut Nafsu
Lebih kurang seminggu lagi Hari Raya Aidilfitri akan menjelma. Tentu ramai antara kita sudah merancang untuk berbelanja untuk persiapan aidilfitri. Ada juga mungkin belum membeli atau menunggu saat-saat akhir untuk berbuat demikian.
Eloklah kita berbelanja berpada-pada, jangan ikut nafsu. Silap haribulan lepas raya poket dah kosong, itu yang parah dibuatnya. Disarankan juga sebelum berbelanja lebih baik kita menyediakan senarai barang-barang keperluan yang wajib atau harus dibeli. Dengan adanya senarai tersebut sedikit sebanyak dapat mengawal duit kita dari membeli barangan yang tidak mustahak.
Antara perkara yang perlu dibeli menjelang kehadiran aidilfitri ialah :
Penyediaan Makanan. Cuba semaikan sifat jangan suka membazir. Jika memasak untuk hari raya, digalakkan berbincang dengan saudara mara tentang hidangan yang patut disediakan. Jika keluarga A masak ketupat dan lemang, keluarga B pula masak lontong dan rendang. Dengan cara begitu bolehlah kedua-dua keluarga bertukar-tukar masakan, tidaklah keluarga A perlu memasak semua hidangan tersebut.
Keperluan Pakaian. Ini adalah barang yang semestinya ada menjelang aidilfitri. Tidak meriah jika ia disambut tanpa memakai baju baru. Membeli pakaian digedung beli-belah yang tersohor tentulah harganya lebih mahal dari pasaraya biasa. Mungkin dari segi kualitinya tidak jauh beza dan ianya tetap berseri jika dipakai.
Kain Langsir Dan Perhiasan Rumah. Tidak semestinya kita perlu menukar perabut atau kain langsir kita setiap tahun, mungkin barang-barang tersebut boleh dicuci atau dicat menjadikan ia lebih ceria.
Persiapan Untuk Pulang Ke Kampung. Bila sebut topik tadi, tentulah perkara yang perlu dipastikan ialah servis kereta kita. Ini adalah penting kerana dengan berbuat demikian kita dapat pulang berhari raya dengan lancar. Tiada masalah kerosakan kenderaan bila hendak pulang ke kampung.
Rumah Terbuka. Perkara ini selalu dilakukan oleh warga kota. Bagi mengelakkan pembaziran eloklah perancangan yang betul perlu dibuat untuk mengadakan rumah terbuka. Tidak perlulah kita meyediakan juadah yang melampau-lampau, cukuplah sekadar dua atau tiga jenis makanan sebagai hidangan.
Raya Lagi Meriah Tanpa Mercun
Lebih kurang 2 minggu lagi kita akan berhari raya. Mungkin anda semua sedang sibuk menyediakan persiapan bagi menyerikan hari lebaran yang bakal tiba. Ramai berpusu-pusu menyerbu gedung beli belah, apatah lagi dengan pelbagai potongan harga yang diberikan oleh pasaraya terkemuka. Sebaik-baiknya, beli apa yang patut dan mustahak sahaja, elakkan dari membazir.
Berbalik kepada cerita mercun tadi. Makin hari makin hangat cerita pasal mercun. Ada sesetengah orang berpendapat tak meriah raya tanpa mercun. Tapi paling sedih jika banyak  nyawa melayang akibat dek mercun ni. Kalau dilihat di dada akhbar, pelbagai berita sedih akibat bermain mercun.
Pada saya berita terbaru yang menyayat hati kita ialah kematian budak baru berumur 6 tahun di sebuah rumah yang dijadikan stor menyimpan pelbagi jenis mercun. Umpama letupan bom apabila stor tempat simpanan mercun itu meletup. Implikasinya amat kuat sehingga kanak-kanak tersebut terpelanting dan tersangkut di atas dahan pokok. Lebih menyayat hati bila kecederaan parah di bahagian kepala yang hampir tiada, laporan dari sebuah akhbar menulis bahawa kesemua mercun itu kepunyaan bapa kanak-kanak tersebut.
Mengikut rekod, bapa kanak-kanak tersebut pernah ditahan atas kesalahan yang sama. Beliau telah kehilangan anak tunggalnya akibat kesalahan dan kelalaian diri sendiri. Semoga ini akan memberikan pengajaran kepada kita semua supaya mengawasi anak-anak kita dari bermain mercun. Tetapi setakat main bunga api atau mercun pop-pop tu rasanya boleh asalkan tidak merbahaya kepada diri sendiri.
Sudahkah Anda Bayar Zakat Fitrah Anda
Zakat Fitrah adalah rukun Islam yg ke-4 yang wajib dikeluarkan pada bulan ramadhan sehingga awal pagi sebelum menunaikan solat Aidil Fitri. Waktu yang afdal untuk membayar zakat ialah selepas terbit fajar subuh sehingga sebelum solat aidilfitri. Waktu wajib bayar zakat pula ialah akhir ramadhan sehingga terbit matahari. Jadi kalau nak bayar zakat tu jangan lah bayar last minit, kesian pulak kat tok iman atau amil zakat..pagi-pagi rumah dah kena serbu dengan orang yang nak bayar zakat sebab lebih afdal lah katakan.
Ketahuilah bahawa syarat-syarat zakat adalah :
Islam
Merdeka
Sempurna Milik
Cukup Nisab
Cukup Haul
Mengapa perlu bayar zakat? Sebabnya adalah untuk membersihkan dan menyucikan harta kita, insyallah harta dan rezeki kita akan bertambah lagi. Ia juga dapat menolong orang-orang yang lebih memerlukan iaitu 8 asnaf. Tidak akan jadi papa seseorang itu jika ia mengeluarkan zakat.
Firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 267 bermaksud :
Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah sebahagian harta kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi
Sebagai panduan bersama, berikut adalah kadar zakat fitrah bagi tahun 2010
Perlis – RM 6.00
Kedah, P.Pinang, Perak, Selangor, Pahang, Kelantan & W.Persekutuan – RM 7.00
Negeri Sembilan & Melaka – RM 6.50
Johor – RM 5.00/RM 7.50 (mengikut jenis beras yang dimakan)
Terengganu – RM 5.00/RM 7.00/RM 8.00 (mengikut jenis beras yang dimakan)
Sarawak – RM 5.20
Sabah – RM 6.80
Kisah Dua Makhluk Tuhan
Ini adalah kisah dari salah satu artikel yang telah saya baca yang agak menarik ceritanya. Kurang lebih ceritanya begini ;
Pada bulan Februari yang lepas, seorang hamba Allah (Kak Su) sedang menunggu kawan-kawannya untuk menghadiri satu program di masjid yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur. Beliau ternampak seekor kucing berpelesiran di dinding pintu masjid. Kucing yang berbulu perang itu menjulurkan tengkuk dan merebahkan diri di anak tangga pertama di masjid berkenaan. Puas dihalau tapi tak mahu juga ia bergerak. Ia mematikan diri di situ. Pintu masjid segera ditutup takut kalau-kalau ia masuk kembali dan kencing di atas permaidani.
Sedang dia menunggu kawan-kawannya, muncul sebuah kereta Satria Neo berwarna perak. Seorang lelaki separuh umur berbaju Melayu dan berkain pelikat turun dari kereta sambil tersenyum kepada kami berlima. Di tangannya ada membawa bungkusan di dalam beg plastik merah menuju ke garaj berdekatan. Kucing yang tadi melentok liuk manja di sisi kami segera mengejarnya. Lelaki itu mengeluarkan bungkusan tadi.
“La, patutlah kucing ni tak bergerak-gerak depan kita tadi, rupanya dia tunggu ‘tuannya’ datang”. Dari perbualan Kak Su dengan lelaki tadi, rupa-rupanya lelaki tu akan datang setiap pagi ke masjid untuk memberi makanan kepada kucing tersebut.
Lelaki itu bercerita kepada Kak Su bahawa dua minggu lepas kereta Mercedez Benz kesayangannya tiba-tiba enjinnya terbakar, syukur nyawanya selamat. Dia tenang menghadapi dugaan tersebut dan wajahnya tetap ceria. Katanya kepada Kak Su, buat apa nak susah hati, semua yang ada bersifat sementara, tak ada yang kekal. Kepada binatang terus ditabur bakti dengan harapan mudah-mudahan segala urusan kehidupan dipermudahkan dalam keberkatan Allah.
Jadi moral atau pengajaran yang kita dapat dari cerita di atas adalah :-
Berbuat baiklah kita dengan sesama makhluk.
Andai didatangi peminta sedekah, hulurlah bantuan ikut kemampuan kita. Jangan menengking atau mengherdik mereka dan minta mereka doakan kesejahteraan kita.
Kita juga boleh meminta didoakan kesejahteraan ke atas diri kita kepada binatang yang kita berikan makanan kerana ia juga makhluk Allah yang faham naluri baik insan yang menyayanginya.
Mudah-mudahan berkat doa makhluk yang dibantu ini dapat menyelamatkan kita dan keluarga dari pelbagai petaka.
Nilai RM 5
Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut- hinjut Toyota Corolla Altis 1.8 ini dilambung graviti. Ery yang duduk disebelah  sudah berapa kali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan kereta.
Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung,geli. Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.
Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan bunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya cuma didepan jantan,tersipu- sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru beranak,t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam.
Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh menggelepar diluar meliar mata mencari hafik,tunangnya. Aku duduk sahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini. Beberapa gadis bertudung labuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman. Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar. Perempuan kolot seperti mereka itu, patut dijerukkan saja di tempat busuk ini.Tolol! Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit marah, mengetap bibir. “Nak apa?!” Dia terketar terkejut, sedikit berundur.
” Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta..” Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut.
Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng. Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan!
” Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku,tahulah macamana aku nak ajar kau!!” Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh, membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang dirumah itu di tutup rapat.
Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial!
Aku mengalihkan mata ke pantai. Peraih berdekah ketawa menepuk- nepuk belakang nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celahkopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai, masuk universiti dan kerja besar. Tidaklah hidup susah seperti itu. Bodoh!!
” Sudah nak!!” Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas hendak memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi. Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu. Menambahkan kerut dan mengelap mata dengan hujung kemejanya.
“Kenapa ni? Gila?!”
” Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa,mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanya seringgit.”
Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku.Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan. Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah. Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah,kalau aku mahu bantu, ramai lagi diluar sana . Lupakan saja..
Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit aku melayan meluat- melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi,berlagak seperti fakir. Mungkin..
Dengan rasa ragu, aku menghampirinya. Dia memberi senyum lembut dan aku dengan rasa curiga bertanya terus. ” Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang sebanyak ini?”.Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut. Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur.
Meletakkan dua beg plastik di atas tanah,membukanya satu persatu,perlahan- lahan dan terketar. Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya. Wang aku tadi, masih terlipat kemas.
” Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula. Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tual sial yang berpura-pura susah. Ambillah semula,nak.”
Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak, berkali-kali. Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki.
“Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan. Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi. Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan,jangan mati.” Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak.
Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung kaki, dua plasik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat. Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia. Cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu.