Archive for the ‘Renungan’ Category

Tarik Nafas Kelegaan

Thursday, June 30th, 2011

Tarik nafas kelegaan sekejap setelah hampir 2 bulan blog ini tidak bernyawa. Setelah perkara-perkara dan tugas rutin yang perlu komitmen dapat diselesaikan sebelum tamat masa pada hari esok 30hb Jun 2010, Alhamdulillah.

Bila rasa aura untuk berblogging kembali terus dimenaip apa yang patut supaya blog ini terus hidup. Masa berlalu terlalu pantas, sekarang kita berada di dalam 3 bulan yang sesuai untuk kita tingkatkan amal ibadah kita iaitu bulan Rejab, Sya’ban & Ramadhan. Beberapa hari lagi bulan Rejab akan meninggalkan kita, tinggal sebulan lebih kita akan berjumpa dengan bulan Ramadhan, insyaallah jika dipanjangkan umur kita.

Hari ini bersamaan 27 Rejab iaitu malam dimana Rasulullah s.a.w di Israk & Mijrak dan pada hari ini juga Panglima Islam Naseer Salahuddin Al-Ayubi dapat menawan kembali Baitul Muqaddis (Palestine) setelah ia ditakluki oleh puak Kristian selama 88 tahun.

Semoga kita beroleh keberkatan dengan melakukan amal ibadah kita pada hari ini dan mendapat redha Allah.

 

Popularity: 7% [?]

Share/Save/Bookmark

Tasbih Dan Selawat Mengalir Di Tubuhnya…

Sunday, February 27th, 2011

Radio kegemaran aku terkini adalah radio ikimfm kerana ia banyak mengutarakan info-info yang boleh menginsafkan diri dan dapat membangkitkan kesedaran rohani kita. Selain itu ia juga mengutarakan lagu-lagu hiburan yang sesuai dengan jiwa muslim.

Sebut pasal tasbih dan selawat, jika kita jadi pendengar setia radio ikimfm seharian, tentu anda akan dengar alunan tasbih dan selawat yang dapat memberi kepada ketenangan nurani bila mendengarnya. Tahukah anda bahawa suara siapakah yang mengalunkan tasbih dan selawat tersebut?.

Salah seorang yang sering menyumbangkan alunan suara tasbih dan selawat adalah Arwahyarham Ustaz Asri dari kumpulan nasyid terkenal Rabbani. Ya, walaupun beliau telah lama meninggalkan kita, namun tasbih dan selawatnya masih mengalir umpama air sungai yang mengalir tanpa henti. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah…

Popularity: 6% [?]

Share/Save/Bookmark

Sketsa Dari Kampung…

Thursday, November 18th, 2010

Semalam sempat pulang ke kampung sempena cuti Hari Raya Aidil Adha. Lama jugak aku tidak balik kampung, jadi ambil peluang masa cuti ini jengok ibu dan ayah, yelah sementara mereka masih ada di dunia ni. Sungguh meriah kerana dapat berkumpul bertemu adik beradik sebab lama tidak berkesempatan dapat berbuat begini.  Aku tanyalah khabar keadaan jiran tetangga sekampung pada emak aku. Ada cerita yang agak menarik minat aku hendak mendengarnya pasal orang kampung. Emak aku bercerita lebih kurang begini,

Seorang nenek yang bergelar Hajjah ni didatangi oleh tukang rumah (nak repair rumah nenek ni) bertanyakan khabar anak-anak si hajjah ni. Hajjah tu dengan selambanya dan dengan nada bangga dan kuat (supaya jiran boleh dengar) memberitahu si tukang rumah tu bahawa seorang anaknya kini tinggal di rumah yang besar di kawasan perumahan orang-orang kaya dan bergaji besar. Dan seorang lagi baru dapat keje sebagai pensyarah di sebuah kolej komuniti dan duduk di kawasan rumah orang-orang kaya.

Begitulah sikit lebih kurang dialognya, emak aku mengucap panjang bila terdengar cerita dari nenek tu. Ialah memanglah emak mana yang tidak berbangga dengan kekayaan anak tapi kebetulan kawasan perumahan yang anak nenek tu tinggal tak jauh dari kawasan perumahan aku. Pada aku rumah yang dia tinggal biasa aje.

Jadi moral dari sketsa ni yang boleh disimpulkan ialah kita janganlah terlampau ego dan berbangga diri dengan kekayaan yang kita ada kerana itu adalah nikmat dunia sahaja yang bersifat sementara. Cukuplah sekadar dengan bersyukur dengan kurnia dari Allah dengan nikmat yang kita perolehi. Selain itu janganlah kita melihat orang lain dengan sebelah mata dan sematkan rasa rendah diri walaupun sekaya mana yang kita ada dan setinggi mana pelajaran kita.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha.

Popularity: 5% [?]

Share/Save/Bookmark

Semoga Ia Menginsafkan Kita

Sunday, November 14th, 2010

Semalam semasa duduk santai bersama keluarga sempat menonton dokumentari kegemaran setiap Sabtu malam Ahad iaitu Majalah 3. Edisi kali ini memaparkan senario letusan Gunung Merapi di Indonesia. Kita berasa bersyukur kerana tinggal di luar lingkungan gunung berapi dan gempa bumi. Tapi tempias gempa bumi yang mengakibatkan tsunami di Acheh sedikit sebanyak dapat dirasai di utara Malaysia khususnya di Kedah.

Kalau dilihat senario ledakan gunung Merapi pada kali agak diluar jangkaan kerana mengambil masa beberapa hari dengan menghaburkan debu panas yang mengorbankan sesiapa sahaja di dalam lingkaran hujan debu tersebut, tidak kira manusia atau binatang. Kawasan yang dahulunya subur dan manusia dapat menikmati sumber rezeki dari kesuburan tanah larva dari gunung Merapi tetapi dengan sekelip mata ia musnah dek debu panas. Tidak dapat dibayangkan situasi orang-orang disana menghadapi malapataka begini kerana mungkin kita tidak pernah merasa suasananya.

Dilaporkan bahawa hembusan debu panas dari Gunung Merapi itu selaju 100km/jam. Memang pantas kelajuannya sehingga tidak sempat untuk berlindung. Ada yang menyatakan umpama kita dikejar 10 ekor harimau. Agak memilukan melihat mangsa yang terkorban dan semoga ia menjadi iktibar kepada kita supaya kita beriman kepada Allah. Debu-debu panas itu hanya sebahagian kecil sahaja jika hendak dibandingkan dengan api yang akan membakar di akhirat kelak. Al-Fatihah kepada mangsa yang terkorban.

Popularity: 6% [?]

Share/Save/Bookmark

Kenapa Kita Perlu Istighfar Dan Bertaubat?

Friday, September 24th, 2010

Daripada sumber pembacaan, menyatakan bahawa istighfar dan bertaubat adalah perkara yang paling penting bagi mendapat rezeki daripada Allah s.w.t. Taubat maknanya meninggalkan dosa kerana keburukannya. Terdapat beberapa syarat iaitu :

Jika dosa itu berkaitan dengan Allah, ada 3 syarat iaitu :

  1. Berusaha meninggalkan dosa yang dilakukan
  2. Menyesal dengan perlakuannya itu
  3. Berazam atau bertekat tidak melakukannya lagi.
  4. Mengembalikan kepada yang mempunyai hak tersebut (syarat tambah jika dosa itu berkaitan dengan manusia)

Antara dosa yang memerlukan kita bertaubat kepada Allah adalah :

  1. Meminum arak
  2. Menipu
  3. Berjudi
  4. Meninggalkan puasa di bulan Ramadan
  5. Taksub kepada kata-kata bomoh atau pawang
  6. Meminta pertolongan daripada bomoh atau dukun
  7. Meninggalkan solat fardu
  8. Tidak menunaikan nazar yang telah dibuat
  9. Tidak mengeluarkan zakat
  10. Tidak menunaikan haji jika berkemampuan
  11. Tidak menutup aurat secara sempurna
  12. Berzina
  13. Berkhayal melakukan perkara-perkara maksiat
  14. Melihat wanita yang bukan mahram dengan penuh syahwat
  15. Berkhalwat dengan seseorang yang bukan mahram

Perkara-perkara di atas adalah sebagai panduan kepada kita supaya kita dapat berbuat apa yang patut untuk memperolehi rezeki yang melimpah-ruah daripada Allah s.w.t.

Popularity: 11% [?]

Share/Save/Bookmark