Archive for the ‘Kesihatan’ Category

Semanis-Manis Gula…

Saturday, October 30th, 2010

Sekarang ada berita baik untuk pengemar kepada manis-manisan. Barangkali khabaran ini agak melegakan para pesakit diabetes kerana telah ditemui pemanis semulajadi yang boleh menjadi alternatif kepada gula. Memang kita sedia maklum bahawa mengambilan gula pada kadar yang tinggi boleh mengundang pelbagai penyakit. Tahukah anda bahawa rakyat Malaysia dikatakan pengemar kepada manisan terutamanya susu pekat dan gula. Ini telah meletakkan negara kita di tangga ke-8 tertinggi di dunia dengan jumlah 46.9 kg perkapita pada tahun 2005 atau 26 sudu sehari. Fakta menyatakan bahawa rakyat Malaysia merupakan pengidap diabetes ke-4 tertinggi di Asia berjumlah 800,000 pada tahun 2009 dan dijangka meningkat kepada 1.3 juta pada tahun 2010.

Agak memeranjatkan fakta-fakta di atas. Pemanis alternatif yang saya sebutkan tadi ialah dari daun “stevia”. Stevia adalah sumber pemanis semulajadi dan menyihatkan kerana ia tidak mengandungi kalori dan sesuai untuk mengurangkan berat badan. Yang menariknya daun stevia ini lebih manis sehingga 250 kali ke 300 kali berbanding dengan gula biasa.

Pokok stevia ditemui oleh seorang warga Itali di Paraguay dimana orang asli di negara berkenaan menggunakannya sebagai manisan pada ubatan. Setakat ini tanaman pokok stevia belum dikomersialkan dinegara kita kerana kos pengeluaran yang tinggi. Kebanyakan produk ini diimpot dari negara luar seperti China, India, Brazil, Kanada dan Rusia.

Popularity: 16% [?]

Share

Kenapa Tidur Itu Penting

Sunday, October 24th, 2010

Seperti yang diketahui bahawa tidur itu adalah penting dan menjadi keperluan di dalam kehidupan kita. Bila kita mendapat tidur yang mencukupi, kita akan merasa segar dan bersedia untuk menghadapi rutin seharian kita. Dengan memperolehi tidur yang sempurna kita, keadaan otak kita berada pada tahap yang waras di dalam menjalani kehidupan harian.

Secara normalnya seseorang itu perlu tidur 8 jam sehari. Para saintis menyatakan bahawa apabila seseorang itu kurang tidur atau tidak mendapat masa tidur yang secukupnya boleh menyebabkan :

  • Hilang Tahap Tumpuan atau Fokus – 50%
  • Hilang Skil Komunikasi – 30%
  • Hilang Kebolehan Membuat Keputusan – 50%
  • Hilang Ingatan – 20%

Selain itu juga ia akan menyebabkan prestasi kerja seseorang itu menurun. Pengetahuan tentang pentingnya tidur ini adalah umpama seperti mustahaknya keperluan pemakanan dan senaman yang menjadi perkara asas untuk memperolehi keceriaan, tahap kesihatan yang baik dan produktiviti.

Popularity: 6% [?]

Share

Kanser Adalah Pembunuh No. 2 Di Malaysia

Monday, September 20th, 2010

Tahukah anda bahawa kanser adalah pembunuh nombor dua di negara kita selepas kemalangan jalan raya. Fakta menyatakan bahawa kira-kira 3,000 kes baru yang berkaitan dengan kanser wujud setiap tahun. Daripada itu kanser paru-paru mendahului di dalam senarai yang dihidapi oleh kaum lelaki, manakala kanser payudara adalah pembunuh utama yang dihidapi oleh kaum wanita.

Statistik pada tahun 1990 melaporkan bahawa terdapat 26,854 kes tetapi ia meningkat 40% pada tahun 1996 iaitu sebanyak 37,294. Kementerian Kesihatan menyatakan bahawa jumlah kemasukkan pesakit kanser ke hospital kerajaan adalah sebanyak 11,655 untuk 8 jenis kanser tidak termasuk kanser paru-paru. Berikut adalah 8 jenis kanser tersebut :-

  • Kanser Payudara – 3,575 kes
  • Kanser Colon – 2,088 kes
  • Kanser Hati – 1,475 kes
  • Kanser Perut – 1.349 kes
  • Kanser Esofagus – 713 kes
  • Kanser Pankreas – 406 kes
  • Kanser Usus Kecil – 20 kes

Diketahui bahawa punca kepada penyakit kanser adalah dari sumber dan cara pemakanan kita, gaya hidup dan keadaan persekitaran. Cuba elakkan dari memakan makanan yang dimasak melalui kaedah barbeque, yang mengunakan arang sebagai bahan bakar. Ini adalah kerana menurut kajian yang dibuat oleh US National Cancer Institute (NCI) menyatakan bahawa daging yang dibarbeque mengandungi ‘mutagen’ iaitu bahan kimia yang boleh merosakkan DNA dan ‘cinogens’ yang boleh menyebabkan kanser.

Popularity: 16% [?]

Share

Manfaat Puasa Dari Sudut Kesihatan

Thursday, August 26th, 2010

Mari kita melihat kepada kata-kata hikmah dan nasihat daripada pemikir-pemikir tersohor Islam yang menyentuh aspek puasa dan pemakanan :-

Lugman Al-Hakim berkata kepada anaknya,

“Wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah dari menuturkan
hikmah (kebijaksanaan) dan malaslah segala anggota badan untuk beribadah.”

Abdullah bin Mas’ud menyatakan,

“Empat perkara yang mengelapkan hati atau melembapkan otak : perut yang terlalu kenyang, berkawan dengan orang yang suka membuat maksiat, tidak insaf terhadap dosa-dosa yang lalu dan panjang angan-angan.”

Al-Hasan Al-Bashri berkata,

“Wahai Bani Adam, makanlah sepertiga perutmu, minumlah sepertiga perutmu dan biarkan sepertiga untuk bernafas dan berfikir.”

“Barangsiapa mampu menguasai perutnya maka dia akan mampu menguasai amal solehnya.”

Kesimpulan dari penyataan tersebut, rata-rata menyatakan bahawa kawal pemakanan kita kerana terlebih makan boleh membuat otak kita lembab dan badan rasa malas. Dari sini kita dapati bahawa berpuasa itu banyak kebaikkannya terutama dari sudut kesihatan.

Hasil daripada kajian yang dibuat oleh 2 pengkaji Islam dari Syria menyatakan bahawa dengan berpuasa antaranya dapat :

  1. Memberi peluang kepada sistem penghadaman daripada terus berfungsi tanpa henti.
  2. Dapat membangkitkan semula selera makan selepas berpuasa.
  3. Berpuasa dapat mencergaskan badan dan minda kita.
  4. Menolong melambatkan proses penuaan.
  5. Membantu proses perkumuhan dan dapat menghapuskan toksid atau racun di dalam badan kita.
  6. Berpuasa membolehkan organ-organ badan kita mengemaskini sistem pemprosesan supaya ia dapat berfungsi semula dengan berkesan.

Popularity: 14% [?]

Share

Tip Untuk Memperolehi Sistem Imun Yang Kuat

Saturday, August 7th, 2010

Apakah itu Sistem Imun?. Secara ringkasnya ia adalah sistem pertahanan di dalam badan kita yang terdiri daripada rangkaian sel-sel dan organ-organ yang bertujuan untuk menghalang organisme asing seperti bakteria, virus dan parasit dari masuk ke dalam tubuh badan kita.

Sistem imun memang amat penting kepada kita. Untuk mengelakkan sistem imun dari menjadi lemah, kita perlu melakukan perkara-perkara berikut :-

  1. Elakkan Dari Mengambil Produk-produk Yang Mengandungi Dadah. Perlu meminimakan pengambilan antibiotic serta vaksin terutamanya kepada kanak-kanak yang berumur kurang dari 5 tahun kerana sistem imun di dalam badan mereka masih didalam peringkat pengembangan.
  2. Jangan Terdedah Kepada Sinat Matahari Yang Kuat Dan Sinar Radiasi. Sinar Radiasi Ultraviolet (UV) dari matahari boleh memberi kesan kepada sistem imun. Ini akan menyebabkan badan akan gagal untuk menghasilkan antigen yang diperlukan untuk menangkis dari pelbagai penyakit.
  3. Elakkan Dari Bahan Kimia Yang Berbahaya. Merkuri yang digunakan untuk menampal gigi juga menjejaskan imun sistem kita. Selain itu kosmetik yang mempunyai bahan toksid, bahan plastik dan cat juga boleh melemahkan sistem imun.
  4. Mengamalkan Diet Yang Sihat Dan Elakkan Makanan Ringan. Tubuh badan kita memerlukan vitamin, mineral ,protein dan karbohidrat untuk membina sel-sel baru. Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran kerana diketahui ia mengandungi vitamin penting yang dapat membantu melawan penyakit. Cuba elakan memakan makanan ringan kerana ia mengandungi bahan perasa dan pewarna yang akan melemahkan sistem imun kita.
  5. Amalkan Gaya Hidup Sihat. Stress adalah faktor utama yang boleh dikawal kerana ia akan memberi kesan kepada kesihatan kita. Ia boleh dikurangkan melalui aktiviti relak seperti bermeditasi serta memperoleh rehat yang mencukupi, masa tidur yang cukup. Elakkan dari merokok serta jangan mengambil minuman keras.

Bila sistem imun menjadi lemah, maka ia akan menjejaskan tahap kesihatan kita kerana tubuh badan kita tidak dapat menhalang organisme asing daripada masuk ke dalam badan kita. Amalkan senaman setiap hari dan lakukan gaya hidup sihat dapat membantu menguatkan sistem imun kita.

Popularity: 4% [?]

Share