Archive for the ‘Kesihatan’ Category

Kebaikan Daun Kucai

Wednesday, December 28th, 2011

Kucai adalah sayuran herba yang berasal dari Asia Tengah. Ia juga banyak ditanam di China, Britain, Jerman, Scandinavia dan Asia Tenggara. Pokok kucai boleh dikenali melalui batangnya yang panjang bersambung dengan bebawang dipenghujungnya. Keseluruhan daun kucai boleh dimasak dan digunakan dalam makanan.

Daun kucai mengandungi vitamin A, vitamin C, kalium dan asid folik. Ia dipercayai mampu melegakan sakit tekak, sakit perut, melindungi diri daripada penyakit jantung dan stroke, membantu tubuh menentang bakteria dan meningkatkan kebolehan tubuh untuk mencerna lemak.

Selain itu ia juga dapat merangsang selera makan, membersihkan hidung tersumbat, mengurangkan kembung dan mencegah nafas berbau, merendahkan tekanan darah tinggi. Kandungan vitamin C dalam kucai mampu mencegah selsema. Daun kucai juga mempunyai sumber baik beta karotena yang membantu memperbaiki penglihatan mata dan dapat membersihkan ‘acne’.

 

Popularity: 7% [?]

Share/Save/Bookmark

Amalkan Cara Pemakanan Sihat Untuk Mengawal Tekanan Darah

Sunday, April 24th, 2011

Cara pemakanan seseorang itu dapat mempengaruhi tahap kesihatan individu tersebut. Mungkin langkah-langkah berikut dapat membantu mengawal tekanan darah kita :-

  1. Mengurangkan Kadar Berat Badan. Adalah disarankan seseorang itu perlu mengurangkan berat badannya sebanyak 10% daripada berat badan asal bagi memastikan tahap tekanan darah terkawal. Salah satu cara untuk mengurangkan berat badan ialah dengan menjaga diet harian kita.
  2. Kurangkan Garam Di Dalam Makanan. Kadar garam atau natrium di dalam makanan kita akan mempengaruhi tekanan darah kita. Ia akan menyebabkan pengumpulan air dalam tubuh kita. Kandungan cecair yang berlebihan akan memberi tekanan kuat pada dinding salur darah dan akan meningkatkan tekanan darah. Amalkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan daging segar serta kurangkan makanan segera dalam diet harian kita. Selain itu ambil sedikit sahaja di dalam masakan dan kurangkan pengambilan makanan terlalu masin dan pencecah makanan seperti kicap dan sos tiram.
  3. Mengambil Makanan Yang Berserat. Makanan yang mengandungi serat yang tinggi adalah buah-buahan serta sayuran. Makan empat hingga lima sajian sehari buah-buahan dan sayuran segar, sejukbeku atau kering serta makanan tanpa garam.
  4. Kurangkan Pemgambilan Kafein. Kopi adalah minuman yang sinonim dengan kafein. Kafein akan mengeraskan arteri, meningkatkan tekanan darah dan menaikkan paras adrenalin dan noradrenalin serta aktiviti renin. Jadi kurangkan pengambilan kopi hanya 2 cawan sahaja sehari.
  5. Jangan Mengambil Alkohol. Minuman beralkohol adalah diharamkan di dalam Islam kerana ia memberi mudarat kepada tubuh kita. Pengambilan alkohol akan meningkatkan tekanan darah.

Kita perlu mengawal tekanan darah kita kerana tanpa berbuat demikian boleh menyebabkan serangan sakit jantung, strok, kegagalan buah pinggang, kerosakan mata serta degupan jantung tidak normal.

 

Popularity: 28% [?]

Share/Save/Bookmark

Kira Kalori Yang Diambil Dalam Diet Harian Anda

Wednesday, November 10th, 2010

Tahap kesihatan yang baik adalah idaman setiap manusia terutamanya dari segi penjagaan berat badan. Tapi tanpa pengetahuan tentang pengurusan kesihatan sudah tentu kita tidak dapat mencapai matlamat tersebut. Hari ini saya cuma hendak berkongsi maklumat tentang tahap kalori yang perlu diambil setiap hari. Berikut adalah senarai makanan terpilih dan kandungan kalorinya :-

  1. Roti Canai/Roti Telur (1 keping) = 288 kalori
  2. Mee Sup Udang (1 mangkuk) = 293 kalori
  3. Cendol ( 1 mangkuk) = 382 kalori
  4. Nasi Ayam (1 pinggan) = 607 kalori
  5. Mee Goreng ( 1 pinggan) = 500 kalori
  6. Laksa ( 1 mangkuk) = 696 kalori
  7. Nasi Goreng (1 pinggan) = 742 kalori
  8. Fish & Chips (1 pinggan) = 850 kalori
  9. Nasi Briyani Ayam (1 pinggan) = 877 kalori

Cuba anda buat perkiraan sendri tentang tahap kalori yang diambil setiap hari dan bandingkan dengan tenaga yang kita keluarkan sehari. Sebagai tip untuk menjaga diet harian kita, dinasihatkan agar kita mengambil makanan yang rendah kalori. Makanan yang tinggi kalori boleh diambil tetapi pada kadar yang sedikit. Digalakkan kita bersenam selama 75 minit hingga 150 minit seminggu untuk mencapai tahap kesihatan yang baik.

Popularity: 66% [?]

Share/Save/Bookmark

Luangkan Masa – Hapuskan Denggi

Wednesday, November 3rd, 2010

Statistik menyatakan bahawa wujud peningkatan kadar kematian iaitu 119 kes antara Januari hingga Oktober tahun ini yang disebabkan oleh demam denggi. Purata 100 kes demam denggi di seluruh negara dengan peningkatan jumlah kematian sebanyak 60 peratus jika dibandingkan 74 kes kematian dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Tahukah anda bahawa sehingga kini tiada sebarang anti virus atau vaksin yang khusus yang boleh mengubati demam denggi. Oleh sebab itu cara yang praktikal untuk mengatasi masalah ini adalah melalui pencegahan pembiakan nyamuk aedes. Kitaran hidup nyamuk aedes dari telur menjadi nyamuk dewasa hanya mengambil masa selama 7 hari sahaja. Kita dapat memutuskan kitaran hidup nyamuk aedes ini dengan menghapuskan tempat-tempat pembiakan jentik-jentik di dalam dan di luar rumah kita, seelok-eloknya seminggu sekali.

Antara tempat-tempat pembiakan jentik-jentik yang perlu diperiksa ialah :-

  • Perangkap semut – berus dan cuci setiap minggu dan letak serbuk pembunuh jentik-jentik
  • Pam tandas – pastikan ia ditutup rapat
  • Baldi – cuci setiap minggu dan telangkupkan bila tidak menggunakannya
  • Bekas bunga – cuci dan tukar airnya setiap minggu
  • Pasu bunga – pastikan ia tidak menakung air
  • Pelbagai jenis tin – kumpulkan dan lupuskan dengan sempurna atau letakkan di tempat terlindung dari hujan
  • Longkang – pastikan air mengalir dengan lancar dan cuci setiap minggu
  • Salur air hujan – pastikan ia tidak tersumbat dan ianya berada dalam keadaan yang baik

Dengan langkah-langkah pencegahan yang dilakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali akan dapat menghalang pembiakan nyamuk aedes seterusnya menjadikan persekitaran rumah kita bersih dan dijauhi dari penyakit demam denggi.

Popularity: 9% [?]

Share/Save/Bookmark

Semanis-Manis Gula…

Saturday, October 30th, 2010

Sekarang ada berita baik untuk pengemar kepada manis-manisan. Barangkali khabaran ini agak melegakan para pesakit diabetes kerana telah ditemui pemanis semulajadi yang boleh menjadi alternatif kepada gula. Memang kita sedia maklum bahawa mengambilan gula pada kadar yang tinggi boleh mengundang pelbagai penyakit. Tahukah anda bahawa rakyat Malaysia dikatakan pengemar kepada manisan terutamanya susu pekat dan gula. Ini telah meletakkan negara kita di tangga ke-8 tertinggi di dunia dengan jumlah 46.9 kg perkapita pada tahun 2005 atau 26 sudu sehari. Fakta menyatakan bahawa rakyat Malaysia merupakan pengidap diabetes ke-4 tertinggi di Asia berjumlah 800,000 pada tahun 2009 dan dijangka meningkat kepada 1.3 juta pada tahun 2010.

Agak memeranjatkan fakta-fakta di atas. Pemanis alternatif yang saya sebutkan tadi ialah dari daun “stevia”. Stevia adalah sumber pemanis semulajadi dan menyihatkan kerana ia tidak mengandungi kalori dan sesuai untuk mengurangkan berat badan. Yang menariknya daun stevia ini lebih manis sehingga 250 kali ke 300 kali berbanding dengan gula biasa.

Pokok stevia ditemui oleh seorang warga Itali di Paraguay dimana orang asli di negara berkenaan menggunakannya sebagai manisan pada ubatan. Setakat ini tanaman pokok stevia belum dikomersialkan dinegara kita kerana kos pengeluaran yang tinggi. Kebanyakan produk ini diimpot dari negara luar seperti China, India, Brazil, Kanada dan Rusia.

Popularity: 20% [?]

Share/Save/Bookmark