FRIM adalah singkatan bagi Institut Penyelidikan Hutan Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1926. Ia ditubuhkan adalah bertujuan untuk memartabatkan bidang penyelidikan hutan tropika. Lokasi FRIM yang merupakan hutan buatan manusia yang tertua dan terbesar di dunia dengan kadar keluasan 485.2 hektar. Pada asalnya ia adalah bekas lombong dan kemudian dijadikan sebagai tempat menaman sayur.
Dengan pengiktirafan itu akan menjadikan ia sebagai tapak warisan yang akan menjurus kepada penyelidikan dan pembangunan perhutanan yang berteraskan kepada kesejahteraan komuniti. Di kawasan hutan FRIM ini terdapat lebih kurang 15 ribu jenis tumbuh-tumbuhan seperti gaharu, jati dan karas. Ia juga dihuni oleh kira-kira 150 spesis burung. Ia juga menyediakan kemudahan rekreasi dan ada pelbagai program mengenali hutan yang disediakan seperti mountain bike dan jungle trekking. Selain itu ia juga menyediakan aktiviti pembelajaran yang berkaintan dengan hutan hujan tropika.
Popularity: 7% [?]














