Sebenarnya majlis ini telah berlaku lebih kurang sebulan yang lepas iaitu pada 1hb Julai 2010. Pengistiharan Majlis Perbandaran Pasir Gudang berlangsung pada tepat 12 tengah malam pada tarikh tersebut. Setelah ditadbir oleh JCorp atas nama Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang hampir 30 tahun.
Pelbagai acara dan aktiviti diadakan seawal minggu terakhir sebelum berlakunya pengistiharan tersebut. Antaranya adalah sukan rakyat, festival layang-layang dan pameran lanskap sempena Hari Lanskap Peringkat Negeri Johor diadakan di Bukit Layang-Layang.
Jadi pada cuti hujung minggu tu, ambil masa sikit jalan-jalan sekitar Bukit Layang-Layang sambil tengok anak ambil bahagian dalam sukan rakyat. Agak lega sikit kepala sambil lihat pelbagai jenis layang-layang di ruang langit Bukit Layang-Layang. Aktiviti sebegini juga dapat merapatkan hubungan keluarga setelah asyik mengadap laptop dan bagi anak-anak dapatlah diorang bermain disitu setelah penat bersekolah dan asyik mengadap buku saja.
Popularity: 40% [?]








