Archive for the ‘Buat Duit Online’ Category

Duit Mudah Dengan ChurpChurp

Sunday, August 8th, 2010

Semasa ronda-ronda di gengblogger.com terpandang satu post pasal ChurpChurp.com iaitu satu program pengiklanan yang dibuat melalui twitter dan facebook. Amat mudah untuk menyertainya cuba apa yang anda perlu ada adalah akaun twitter dan facebook.

Untuk sign up, anda boleh register di ChurpChurp.com. Setelah mendaftar anda akan diberitahu melalui emel untuk activate account anda. Segala assignment yang perlu anda buat akan diberitahu melalui emel dan anda perlu log in ke account ChurpChurp.com anda untuk edit apa yang perlu mengikut keyword yang telah diberikan.

Setakat ini, ia terbuka kepada kepada warganegara Malaysia dan Singapura sahaja. Kadar bayaran yang anda perolehi akan dipengaruhi oleh bilangan follower dari akaun twitter dan facebook anda. Cash out minima adalah RM100/SGD100 dan proses bayaran mengambil masa 30 hari pada setiap hujung bulan.

Anda boleh membuat pilih berapa banyak assignment yang perlu anda lakukan dalam masa seminggu dan ‘default’ adalah 10 assignment seminggu. Ia tidak semestinya anda akan dapat 10 assignment seminggu kerana ia terpulang pada advertiser dan assignment akan diberitahu melalui emel.

Jadi ambil langkah segera untuk sign up kerana ia terlalu mudah untuk dibuat dan setakat ini saya dah mengumpul sebanyak RM5.31 di dalam akaun yang baru beberapa hari saya buka. Sign up di ChurpChurp.com klik di sini.

Popularity: 9% [?]

Share/Save/Bookmark