Semasa menonton siaran tv dari sebuah stesen yang popular pada 2 September lalu, muncul sebuah iklan sempena hari raya aidilfitri yang bakal tiba. Memang pada pandangan yang pertama agak menarik iklan tersebut, lain daripada yang lain dan garapan iklan tersebut agak berbeza dari suasana perayaan yang dinamakan aidilfitri.
Dengan menggunakan beca terbang sebagai kenderaan yang membawa kanak-kanak untuk merasai nikmat berhari raya dikatakan umpama cedokan dari perayaan Krismas serupa dengan kenderaan yang digunakan oleh Santa Claus. Selain itu ada unsur-unsur yang dikaitkan dengan perayaan Deepavali dengan kemunculan cahaya pelita dicelah kelopak bunga yang berkembang.
Iklan yang menyelitkan unsur-unsur khayalan yang membawa kanak-kanak terbang merentasi bangunan ternama di Malaysia seperti Menara KLCC, Jambatan Pulau Pinang dan Menara Condong Teluk Intan. Masa penyiaran iklan tersebut adalah selama 1 minit.
Bagaimanapun, penyiaran iklan tersebut telah dihentikan dan pihak yang terlibat telah meminta maaf di atas penyiaran iklan tersebut. Ini adalah kerana dengan penyiaran iklan tersebut didakwa menimbulkan impak di luar konteks sebenar sambutan hari raya aidilfitri.
Popularity: 9% [?]









