Archive for the ‘Berita’ Category

Hak & Suara Rakyat Tunisia

Thursday, January 27th, 2011

Beberapa hari yang lepas telah berlaku rusuhan di Tunisia sehingga tergulingnya pemerintah diktator Presiden Zine el-Abidine Ben Ali. Setelah 23 tahun memerintah secara kuku besi dan zalim menyebabkan rakyatnya bangkit menentang bagi menuntut hak mereka. Antara perkara-perkara yang membangkitkan rasa kemarahan rakyat adalah :-

  1. Pemimpin kerajaan sibuk mengumpul harta untuk diri sendiri. Projek dan limpahan kekayaan diagihkan kepada kroni-kroni presiden. Dianggarkan harta presiden di Perancis ialah GBP 3.5 billion hasil dari negara Tunisia yang telah di curi.
  2. Sikap isterinya, Leila Ben Ali yang hidup bermewah-mewah dan boros kerana hobinya yang suka membeli belah di Dubai sehingga ia digelar Imelda Marcos negara arab.
  3. Kadar pengganguran yang tinggi iaitu 14% hingga ramai para graduan tidak mendapat pekerjaan.
  4. Tahap rasuah yang melampau.
  5. Presiden telah mengharamkan semua parti Islam dan mengharamkan pemakaian tudung dan hijab di Tunisia.
  6. Semua projek mesti melalui isteri presiden dan para pembodek dan pengampu kerajaan pasti akan mendapat kerja & projek pembangunan kerajaan.
  7. Kawalan yang ketat ke atas penggunaan internet.
  8. Kesatuan kerja dikawal dan ditutup suara mereka. Pelajar dan universiti dikawal oleh akta universiti.
  9. Dilaporkan bahawa presiden sanggup membeli dan menerbangkan yogurt dari Perancis dengan menggunakan pesawat peribadi bagi tujuan sebuah parti keraian.
  10. Paling tidak berhati perut (sebagai seorang muslim) kerana tidak membenarkan rakyatnya membuat demontrasi anti-Israel dan melarang usaha rakyatnya untuk mengutip dana bagi membantu penduduk Gaza.

Beliau dan isterinya serta keluarganya dikatakan telah melarikan diri ke Jeddah, Arab Saudi. Terkini kerajaan sementara Tunisia telah memerintahkan agar beliau dan isterinya serta keluarga ditangkap dan dibicarakan atas tuduhan salah guna kuasa dan harta negara.

Popularity: 9% [?]

Share/Save/Bookmark

Yes – Perkhidmatan Rangkaian 4G Terbaru Di Pasaran

Saturday, November 20th, 2010

Penyedia khidmat jalur lebar 4G mudah alih iaitu YTL Communication Sdn Bhd telah melancarkan produk rangkaian 4G ‘Yes’ pada hari ini. Ia menyediakan perkhidmatan data internet dan panggilan 5 kali lebih pantas dari 3G dengan kadar caj terendah.

Pada masa ini, perkhidmatan internet mudah alih ini boleh dinikmati oleh 65 peratus dari kawasan penempatan di Semenanjung Malaysia. Antara ciri-ciri kemudahan yang bakal dinikmati oleh pelanggan ‘Yes’ adalah:-

  1. Setiap pelanggan Yes mendapat akses internet berkelajuan tinggi dan akan mendapat satu nombor telefon bimbit yang boleh mengabungkan perkhidmatan data dan suara tanpa gangguan.
  2. Pelanggan juga turut menikmati perkhidmatan suara, chat secara talian dan SMS di mana-mana menerusi internet.
  3. Kadar caj 3 kali lebih rendah daripada pakej prabayar internet sedia ada.
  4. Perkhidmatan dalam satu pelan mudah pada kadar caj bulanan RM 30.00.
  5. Bagi panggilan yang dibuat dari luar negara oleh pelanggan Yes boleh membuat panggilan balik pada kadar panggilan tempatan tanpa dikenakan caj perayauan antarabangsa.

Ia juga turut memperkenalkan peralatan perkhidmatan 4G iaitu Yes Hunddle router 4G yang boleh menyambungkan 5 peralatan serentak kepada rangkaian internet Yes 4G. Selain itu router WiFi 4G USB iaitu Yes Go dan Yes Zoom untuk pelanggan rumah dan pejabat.

Popularity: 9% [?]

Share/Save/Bookmark

Malaysia Airlines Lancarkan Tambang Murah

Tuesday, November 9th, 2010

Tawaran tambang murah ini akan bermula pada hari ini iaitu 8hb November hingga 15hb November 2010 ke destinasi domestik dan luar negara. Tiket hanya boleh dibeli di pejabat jualan tiket MAS, call centre atau melalui online. Tawaran ini adalah untuk segmen penumpang kelas busines dan ekonomi. Untuk maklumat lanjut boleh lawati laman web www.malaysiaairlines.com.

Selain dari itu, penumpang juga dapat menaiki pesawat yang baru dibeli oleh MAS iaitu Boeing B737-800. MAS adalah syarikat penerbangan yang pertama di dunia yang menggunakan pesawat jenis ini dengan versi baru iaitu ‘ Boeing Skyline Interior’. Pesawat ini baru sampai dari Seatle, Amerika Syarikat di Kuala Lumpur International Airport pada 1hb November yang lalu.

Popularity: 17% [?]

Share/Save/Bookmark

Kenapa Tiada Lesen Memandu?

Sunday, October 31st, 2010

Photo dari www.ondscene.my

Tajuk post pada kali ini merujuk kepada kemalangan di Lebuhraya Karak berhampiran dengan Genting Sempah yang telah meragut 7 nyawa. Awal pagi tadi agak terkejut bila baca suratkhabar berkenaan kemalangan tersebut. Mengikut apa yang ditulis, pemandu yang jadi drebar bas tersebut TIADA lesen memandu, aduhai…macamana boleh jadi macam ni.

Agak pelik tapi ini berita benar. Jika difikirkan, pemandu bas persiaran tersebut dah berumur 40-an tahun jadi maknanya berapa lama dia buat keje tanpa lesen?. Dan macamana pulak pemilik bas persiaran tersebut boleh terlepas pandang mengenai pentingnya seseorang itu perlu ada lesen yang sepatutnya untuk membawa para penumpang, ini bukan penumpang motorsikal, bukan penumpang motorkar ataupun penumpang basikal. Tapi ini adalah penumpang bas yang mana ramai yang menaikinya.

Ini telah disahkan oleh Ketua Trafik Dan Ketenteraman Awam Selangor. Pemandu tersebut telah ditahan reman selama 4 hari untuk siasatan lanjut. Didalam kemalangan tersebut yang berlaku pada pukul 7.40 malam, seramai 7 orang terbunuh dan 16 orang cedera. Rombongan itu terdiri daripada Belia 4B dari Kg Baru, Mukim Siong, Kedah. Al-Fatihah kepada mangsa yang terbunuh.

Popularity: 7% [?]

Share/Save/Bookmark

Fenomena Cecacing Stuxnet

Monday, September 27th, 2010

Beberapa bulan yang lepas telah wujud versi cecacing baru yang dikenali Stuxnet yang berbahaya kerana boleh melumpuhkan bekalan elektrik. Kejadian yang pertama kalinya berlaku di Jerman pada bulan Jun 2010. Terbaru, ia dilaporkan telah merebak ke 6 buah negara iaitu Iran, Kanada, India, Amerika Syarikat, Pakistan dan Indonesia.

Stuxnet boleh memasuki sistem melalui peranti memori iaitu USB yang disambungkan ke dalam komputer. Ia mampu menceroboh ke dalam komputer walaupun pengguna tidak melayari internet. Tetapi kebanyakkannya berlaku kepada komputer yang dibuat oleh firma Siemens dari Jerman yang digunakan untuk mengawal sistem aliran bekalan elektrik di kawasan perindustrian.

Pakar dari FBI menyatakan bahawa serangan siber kali ini umpama letupan bom jarak jauh yang dibimbangi akan digunakan oleh para pengganas. Stuxnet diperbuat menggunakan kod yang komplek yang menggabungkan beberapa teknik penggodaman untuk cepat merebak dan sukar dibaiki. Ia berkemampuan untuk memprogram semula arahan komputer dan membuat satu set arahan baru.

Popularity: 5% [?]

Share/Save/Bookmark