Beberapa bulan yang lepas telah wujud versi cecacing baru yang dikenali Stuxnet yang berbahaya kerana boleh melumpuhkan bekalan elektrik. Kejadian yang pertama kalinya berlaku di Jerman pada bulan Jun 2010. Terbaru, ia dilaporkan telah merebak ke 6 buah negara iaitu Iran, Kanada, India, Amerika Syarikat, Pakistan dan Indonesia.
Stuxnet boleh memasuki sistem melalui peranti memori iaitu USB yang disambungkan ke dalam komputer. Ia mampu menceroboh ke dalam komputer walaupun pengguna tidak melayari internet. Tetapi kebanyakkannya berlaku kepada komputer yang dibuat oleh firma Siemens dari Jerman yang digunakan untuk mengawal sistem aliran bekalan elektrik di kawasan perindustrian.
Pakar dari FBI menyatakan bahawa serangan siber kali ini umpama letupan bom jarak jauh yang dibimbangi akan digunakan oleh para pengganas. Stuxnet diperbuat menggunakan kod yang komplek yang menggabungkan beberapa teknik penggodaman untuk cepat merebak dan sukar dibaiki. Ia berkemampuan untuk memprogram semula arahan komputer dan membuat satu set arahan baru.
Popularity: 3% [?]
Tags: Virus Stuxnet, Worm Stuxnet





baca tajuk ingkatkan cacing dalam badan manusia ..rupanya worm.. hmm dahsyat gak efek dia.. macam2 ada dalam dunia IT ni..
otak manusia makin cerdik sampai boleh buat cacing IT
perghh hackers mana la yg buat ni..power gila..ntah2 amerika jugak huhu
Salam bro..wah bhaya gak virus ni..jagan sampai kat malaysia sudah