Cara pemakanan seseorang itu dapat mempengaruhi tahap kesihatan individu tersebut. Mungkin langkah-langkah berikut dapat membantu mengawal tekanan darah kita :-
- Mengurangkan Kadar Berat Badan. Adalah disarankan seseorang itu perlu mengurangkan berat badannya sebanyak 10% daripada berat badan asal bagi memastikan tahap tekanan darah terkawal. Salah satu cara untuk mengurangkan berat badan ialah dengan menjaga diet harian kita.
- Kurangkan Garam Di Dalam Makanan. Kadar garam atau natrium di dalam makanan kita akan mempengaruhi tekanan darah kita. Ia akan menyebabkan pengumpulan air dalam tubuh kita. Kandungan cecair yang berlebihan akan memberi tekanan kuat pada dinding salur darah dan akan meningkatkan tekanan darah. Amalkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan daging segar serta kurangkan makanan segera dalam diet harian kita. Selain itu ambil sedikit sahaja di dalam masakan dan kurangkan pengambilan makanan terlalu masin dan pencecah makanan seperti kicap dan sos tiram.
- Mengambil Makanan Yang Berserat. Makanan yang mengandungi serat yang tinggi adalah buah-buahan serta sayuran. Makan empat hingga lima sajian sehari buah-buahan dan sayuran segar, sejukbeku atau kering serta makanan tanpa garam.
- Kurangkan Pemgambilan Kafein. Kopi adalah minuman yang sinonim dengan kafein. Kafein akan mengeraskan arteri, meningkatkan tekanan darah dan menaikkan paras adrenalin dan noradrenalin serta aktiviti renin. Jadi kurangkan pengambilan kopi hanya 2 cawan sahaja sehari.
- Jangan Mengambil Alkohol. Minuman beralkohol adalah diharamkan di dalam Islam kerana ia memberi mudarat kepada tubuh kita. Pengambilan alkohol akan meningkatkan tekanan darah.
Kita perlu mengawal tekanan darah kita kerana tanpa berbuat demikian boleh menyebabkan serangan sakit jantung, strok, kegagalan buah pinggang, kerosakan mata serta degupan jantung tidak normal.
Popularity: 28% [?]







